Enam pusat mengundi PRK Nenggiri tutup awal

GUA MUSANG – Enam daripada 20 pusat mengundi bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri Sabtu ini, akan ditutup lebih awal.

Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bagi notis PRK itu, empat dari pusat mengundi itu akan ditutup pada jam 2 petang, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Pusat Pendidikan Komuniti Pos Gob, SK Sri Permai dan SK Kuala Sungai.

Dua lagi pusat mengundi akan ditutup jam 3 petang, iaitu Dewan Orang Ramai Pos Simpor dan SK Pulat.

Baki 14 pusat mengundi akan beroperasi mengikut jadual dari jam 8 pagi hingga jam 6 petang.

Sebelum ini turut dilaporkan, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada hari pengundian awal yang dijadualkan berlangsung hari ini.

Ini kerana semua 14 pengundi terlibat memilih untuk mengundi secara pos, memandangkan mereka perlu bertugas sepanjang tempoh kempen.

PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri membabitkan 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon Pas, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).

Ia diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh Bersatu pada 13 Jun.

Related Posts

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa parti Bersatu tidak akan mendapat sumbangan jutaan ringgit jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dilantik menjadi Perdana Menteri. Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Bersatu tidak akan dapat wang berjuta jika bukan kerana Muhyiddin

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Jual loteri haram tambah pendapatan, lelaki dicekup polis

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Hafiz Suip meriahkan Program Sungkey Rami Cats FM

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

Tarikh tengok anak bulan Syawal 19 Mac

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

JTU Sabah sita ekskavator, lori dalam serbuan pasir haram

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya

Mekanik, penganggur didakwa tunggang motosikal secara bahaya