Lelaki ditahan khianat pecah cermin hadapan kenderaan

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun telah ditahan oleh pihak polis susulan kejadian khianat memecahkan cermin hadapan sebuah kenderaan yang diletakkan di Jalan Central Timur, Lorong 3, Kuching, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang bertugas sebagai marshall bagi sebuah acara larian. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, kenderaan milik pengadu telah diletakkan di bahu jalan berhampiran lokasi acara sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek yang tidak dikenali.

“Suspek telah mengambil seketul batu dan menghentaknya ke arah cermin hadapan kereta mangsa, menyebabkan kerosakan pada kenderaan tersebut,” jelas ACP Alexson dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin.

Bertindak atas maklumat orang awam, pihak polis berjaya menahan suspek di lokasi berhampiran tidak lama selepas kejadian. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerosakan melebihi nilai RM25. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian serta latar belakang suspek.

Related Posts

Melaka perkemas bantuan rakyat, fokus keberkesanan hadapi kos sara hidup

MELAKA – Ketika tekanan kos sara hidup terus menghimpit sebahagian rakyat, Kerajaan Negeri Melaka dilihat memperkemas pendekatan bantuan dengan memberi penekanan kepada keberkesanan, bukan sekadar pelaksanaan. Perkara itu menjadi antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Melaka perkemas bantuan rakyat, fokus keberkesanan hadapi kos sara hidup

Melaka perkemas bantuan rakyat, fokus keberkesanan hadapi kos sara hidup

Krisis Negeri Sembilan: Percubaan PN dilihat terdesak rebut peluang kuasa

Krisis Negeri Sembilan: Percubaan PN dilihat terdesak rebut peluang kuasa

UMNO Jerantut sasar rampas kembali kerusi DUN Pulau Tawar

UMNO Jerantut sasar rampas kembali kerusi DUN Pulau Tawar

Diplomasi berhemah kunci Malaysia kekal hubungan dagang strategik

Diplomasi berhemah kunci Malaysia kekal hubungan dagang strategik

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi

Usaha tangani banjir dipertingkat, Projek RTB Sungai Muar dipantau rapi