Lelaki ditahan khianat pecah cermin hadapan kenderaan

KUCHING – Seorang lelaki tempatan berusia 52 tahun telah ditahan oleh pihak polis susulan kejadian khianat memecahkan cermin hadapan sebuah kenderaan yang diletakkan di Jalan Central Timur, Lorong 3, Kuching, awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berumur 32 tahun yang bertugas sebagai marshall bagi sebuah acara larian. 

Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 pagi itu, kenderaan milik pengadu telah diletakkan di bahu jalan berhampiran lokasi acara sebelum secara tiba-tiba didatangi suspek yang tidak dikenali.

“Suspek telah mengambil seketul batu dan menghentaknya ke arah cermin hadapan kereta mangsa, menyebabkan kerosakan pada kenderaan tersebut,” jelas ACP Alexson dalam satu kenyataan rasmi pada Isnin.

Bertindak atas maklumat orang awam, pihak polis berjaya menahan suspek di lokasi berhampiran tidak lama selepas kejadian. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat yang menyebabkan kerosakan melebihi nilai RM25. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Tambah beliau, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif kejadian serta latar belakang suspek.

Related Posts

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

PADAWAN – Sambutan Gawai Brumbiak Pinyawa 2026 berlangsung meriah dengan penyertaan 14 kontinjen dalam perarakan budaya yang menjadi acara kemuncak program tersebut pada Ahad. Perarakan yang bermula dari Dewan Kampung Serumah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

MUKAH – Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Patrick bakal menikmati kemudahan dewan serbaguna baharu bernilai RM500,000 menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP). Timbalan Menteri Ekonomi ⁠merangkap Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

14 kontinjen meriahkan perarakan budaya Gawai Brumbiak Pinyawa 2026

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

Dewan serbaguna RM500,000 bakal beri keselesaan warga SMK St Patrick

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

10 tahun menabur bakti, Kelana C Tawau kekal relevan

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Pas lantik semula Hamzah Ketua Pembangkang satu pukulan ‘K.O’ kepada Bersatu

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Kenderaan pengangkutan Sabah, Sarawak dan Labuan perlu segera daftar SKDS

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa

Projek RMK13 disaring semula ikut keupayaan fiskal semasa