Institusi pondok perlu kuasai AI

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu institusi sekolah pondok di negara ini menguasai ilmu baharu, termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), bagi memastikan mereka tidak ‘ditelan’ perubahan dan perkembangan teknologi.

Sambil menyifatkan institusi itu sebagai benteng penting negara, Perdana Menteri menjelaskan bahawa tanpa penguasaan ilmuwan agama dalam AI serta teknologi baharu, bidang itu akan hanya menjadi versi berasaskan Amerika Syarikat (AS) dan Barat.

“Keadaan berubah sekarang, sebab itu kita harus memastikan ada keserasian antara ulama dengan umara (pemerintah), ada disiplin-disiplin ilmu baharu dan yang lama dipertahankan di (institusi) pondok.

“Saya dan Malaysia antara yang menggagaskan perubahan dalam AI. Namun, saya sedar kalau tidak diterapkan dengan nilai, kalau tidak diterapkan dengan akhlak, kalau tidak dengan pencerahan dan ilmu, AI kita ini adalah AI buatan AS atau Barat.

“Kita mahu AI ini, teknologinya kita tawan tetapi isinya tidak lari daripada landasan akidah, akhlak dan sahsiah Islamiah,” katanya ketika berucap pada Program Malaysia Bermunajat 2025 anjuran Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Masjid Putra, malam tadi.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Terdahulu, jemaah turut berpeluang mendengar ceramah disampaikan ulama tersohor dari Pakistan, Tariq Jamil.

Menegaskan lanjut, Anwar berkata, pelajar sekolah pondok perlu mempelajari bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebelum menguasai bidang digital serta teknologi.

“Ini menjadi benteng berterusan dalam menghadapi ujian zaman. Jadi, ini saya sebut mengapa budaya ilmu dengan pengalaman asas pengetahuan mereka, tuan-tuan guru kita, kita terap dalam kalangan masyarakat kita.

“Usaha berterusan negara MADANI ini maknanya apa? Negara memacu pertumbuhan yang mahu ekonomi segar, yang mahu teknologi baharu tetapi yang masih terap (diterapkan) dengan asas dan pangkalannya, iaitu asas kekuatan akidah, akhlak dan nilai Islam,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik