Pembentangan RMK13 tumpuan sidang Parlimen minggu depan

PUTRAJAYA – Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menjadi tumpuan utama Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-15 yang membuka tirai Isnin ini hingga 28 Ogos.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, pembentangan RMK13 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dijadual berlangsung di minggu kedua persidangan Dewan Rakyat iaitu pada 31 Julai.

RMK13 yang menetapkan hala tuju pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030, adalah dokumen pertama digarap Kerajaan MADANI di bawah pentadbiran Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.

Anwar sebelum ini berkata, RMK13 dirangka dengan fokus kepada pemerkasaan ekonomi rakyat melalui peningkatan pendapatan, pembaharuan struktur ekonomi inklusif dan mampan, serta pengukuhan tadbir urus dan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Selain itu, ia turut menekankan keadilan wilayah, pembangunan modal insan serta reformasi dasar bagi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global seiring prinsip Malaysia MADANI.

Sehubungan dengan itu, Johari berkata, persidangan Dewan Rakyat kali ini akan memberikan tempoh perbahasan sewajarnya kepada Ahli Parlimen bagi membincangkan kandungan RMK13, sambil menyeru semua wakil rakyat bersikap profesional dan memanfaatkan ruang perbahasan sebaiknya.

“Kita mahu supaya (sesi) perbahasan itu lebih substantif dan Ahli Parlimen jangan terlalu mempolitikkan keadaan hingga kita terbabas jauh.

“Ahli Parlimen perlu kekal fokus kepada isu yang kita bincangkan… bagaimana (mereka) boleh bantu kerajaan dengan mencadangkan perkara yang mungkin terlepas pandang oleh kerajaan, itu peranan kita,” katanya kepada Bernama dalam temu bual eksklusif baru-baru ini.

Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan RMK13 berlangsung selama lapan hari – bermula 4 Ogos – sebelum jawapan oleh menteri-menteri selama empat hari bermula 18 Ogos.

Persidangan kali ini juga dijangka berlangsung lebih rancak dengan perbahasan dasar menyeluruh, memandangkan ia adalah mesyuarat utama sebelum tumpuan beralih kepada pembentangan Belanjawan 2026 pada sesi mesyuarat Oktober nanti.

Selain pembentangan RMK13, Johari berkata, sidang kali ini dijangka turut menyaksikan pembentangan dan perbahasan beberapa rang undang-undang penting membabitkan aspek reformasi institusi, tadbir urus kerajaan, perkhidmatan awam serta isu berkaitan kebajikan rakyat.

Selaras dengan Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 (PSA) yang diperkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, beliau berkata, usaha serta langkah reformasi Parlimen juga terus dilaksana dan diperkemas, terutamanya dalam memperkukuh peranan setiap Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Penyertaan Jawatankuasa Pilihan Khas perlu diperluaskan kerana peranannya cukup hebat dengan ahlinya adalah Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang dengan pengalaman, kelayakan dan ada pengaruh yang hebat.

“Bila berbincang satu isu dalam Jawatankuasa Pilihan Khas, kita melihat bahawa ia bukan berpihak kepada kerajaan ataupun pembangkang, sebaliknya keputusan dibuat itu mewakili rakyat semuanya,” katanya.

Mengulas berhubung kedudukan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam Dewan Rakyat – susulan peletakan jawatan mereka dalam Kabinet – Johari berkata, kedua-dua pemimpin itu akan dipindahkan ke kawasan penyokong atau ‘backbenchers’ kerajaan.

Beliau berkata, menjadi amalan biasa bagi mana-mana Ahli Parlimen yang bukan lagi menjadi anggota pentadbiran atau Kabinet akan berpindah tempat duduk ke kawasan ‘backbenchers’.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA