Kematian Zara Qairina: Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan

KOTA KINABALU – Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan kes kematian Zara Qairina, pelajar tingkatan satu yang didakwa terjatuh dari tingkat tiga asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut pada Khamis.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan,” kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam satu kenyataan di Facebook rasminya pada Jumaat.

Jelasnya, pada ketika ini pihak polis sedang membuat siasatan berhubung kejadian itu dan KPM akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Justeru, beliau menyeru masyarakat untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan.

“Hormati privasi keluarga dan beri ruang sepenuhnya kepada siasatan yang sedang dijalankan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Fadlinah berkata, beliau bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menziarahi keluarga di hospital bagi memastikan semua keperluan disediakan dan kebajikan keluarga terpelihara.

“Takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian anakanda Zara Qairina. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat ini.

“Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah juga telah menyalurkan bantuan segera kepada keluarga termasuk dalam aspek sokongan psikososial,” ujarnya.

Related Posts

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS