Isu perebutan kuasa dalam PBB cuma spekulasi – Abdul Karim

KUCHING – Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menafikan dakwaan wujudnya persaingan senyap antara Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dan timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Ketua Penerangan PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, dakwaan tersebut hanyalah khabar angin tidak berasas yang disebarkan oleh pihak berkepentingan bagi menggugat kestabilan dalaman parti.

“Saya kenal kedua-dua mereka. Mereka sangat rapat antara satu sama lain. Saya tidak nampak sebarang tanda persaingan. Ini cuma cerita ‘jolok sana, jolok sini’ yang sengaja ditimbulkan,” katanya.

Beliau mengulas laporan Free Malaysia Today bertajuk ‘Silent rivalry brewing in Sarawak over premiership?’ yang mendakwa kem Abang Johari dan Awang Tengah sedang menyusun kedudukan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka berlangsung pada 2026.

Menurut laporan itu, sumber mendakwa isu penggantian boleh mencetuskan gerakan politik besar dalam tempoh terdekat, sekali gus merubah landskap dalaman PBB.

Mengulas lanjut, Abdul Karim menegaskan budaya politik PBB berbeza daripada parti lain kerana berasaskan disiplin, kesetiaan dan rasa hormat terhadap kepemimpinan.

“Dalam PBB, jika parti memutuskan seseorang tidak dicalonkan semula, mereka terima dengan hati terbuka. Tiada pemberontakan, tiada sabotaj. Itulah budaya politik kita di Sarawak,” ujarnya.

Beliau turut menegaskan soal pertukaran calon atau peralihan kepemimpinan sentiasa ditangani secara berhemah tanpa menjejaskan perpaduan parti.

“Bagi saya, semua ini hanyalah spekulasi pihak luar yang tidak memahami cara politik Sarawak berfungsi. Kita ada adab dan struktur tersendiri yang dihormati semua,” katanya lagi.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung