Sabah peroleh 25 peratus ekuiti dalam fasiliti LNG terapung Petronas

KUALA LUMPUR – Sabah bakal memperoleh 25 peratus pegangan ekuiti dalam fasiliti gas asli cecair terapung (ZLNG) milik Petronas di Sipitang, sekali gus menandakan langkah strategik negeri itu dalam menguasai lebih banyak nilai daripada sumber asli di perairannya sendiri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerusi kenyataan media berkata, ini pencapaian penting dalam memastikan matlamat pembangunan jangka panjang Sabah tercapai, merancakkan pertumbuhan industri dan keselamatan tenaga serta mewujudkan peluang baharu untuk kemajuan negeri.

“Menerusi pelaburan strategik seperti ZLNG, kita akan memperkukuh daya tahan ekonomi negeri sambil memastikan hasil sumber asli Sabah dinikmati secara langsung oleh rakyat.

“Fasiliti ZLNG yang kini dalam pembinaan di Sipitang dijangka mula beroperasi pada separuh kedua tahun 2027 dan mempunyai kapasiti pengeluaran dua juta tan metrik setahun (MTPA).

“Ia merupakan tambahan penting dalam landskap LNG negara, melengkapkan dua lagi fasiliti LNG terapung sedia ada, PFLNG1 (1.2 MTPA) dan PFLNG2 (1.5 MTPA) yang turut beroperasi di perairan Sabah,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Induk (Head of Agreement, HOA) tersebut.

Perolehan tersebut akan dibuat melalui syarikat milik penuh negeri SMJ Energy (SMJE), susulan pemeteraian HOA bersama Petronas di Malaysia Petroleum Club (MPC), di sini pada Khamis.

Kerajaan Negeri turut mengumumkan hasrat untuk memperoleh 40 peratus kepentingan dalam PFLNG1 melalui SMJ Energy, dengan proses semakan wajar (due diligence) dijangka bermula pada separuh kedua tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SMJ Energy, Datuk Dr Dionysia Kibat berkata, penyertaan syarikat dalam projek ZLNG merupakan sebahagian daripada strategi jangka panjang bagi membina portfolio aset berkualiti tinggi yang mampu menjana aliran tunai stabil.

“Kami adalah pelabur kewangan yang berhemat dan penyertaan dalam ZLNG ini selaras dengan mandat kami untuk mempelbagaikan dan mengukuhkan kedudukan dalam sektor huluan, LNG dan petrokimia,” katanya.

Majlis ini turut dihadiri Menteri Kewangan Sabah yang juga Pengerusi SMJ Energy, Datuk Seri Masidi Manjun; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Seri Safar Untong; dan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh.

Menurut kenyataan yang sama menjelaskan bahawa sejak termeterainya Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) bersama Petronas pada Disember 2021, SMJ Energy mencatat pertumbuhan pesat termasuk memiliki 50 peratus ekuiti dalam Samarang PSC, 10 peratus dalam LNG9, 25 peratus dalam kompleks petrokimia SAMUR serta pegangan penuh dalam Sabah International Petroleum (SIP).

Syarikat itu juga mempunyai hak penyertaan dalam blok eksplorasi SB409 (20%), SB403 (20%), SB306A (15%) dan SB306B (15%).

Sementara itu, aspirasi Sabah dalam sektor hiliran turut berkembang menerusi peranan aktif Sabah Energy Corporation (SEC) sebagai pengagregat dan pengedar gas utama negeri.

Antara projek terbesarnya adalah pembekalan gas kepada loji keluli hijau E-Steel bernilai RM31 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), yang menjadi pemangkin utama pemelbagaian industri Sabah.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha