Hampir 5,000 petugas kesihatan diperlukan di Johor

JOHOR BAHRU – Sejumlah 4,600 petugas kesihatan diperlukan di beberapa hospital utama di negeri ini bagi menangani isu krisis tenaga kerja yang membabitkan sektor berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, antara hospital yang dikesan memerlukan tenaga kerja ramai adalah Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

“Mereka yang diperlukan adalah pelbagai kategori kritikal termasuk doktor pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat serta anggota sokongan lain,” katanya lapor Kosmo.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, dilaporkan berkata, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi petang ini bagi membincangkan krisis kekurangan tenaga kerja kesihatan yang dilaporkan serius dan kritikal di negeri ini.

Semalam, Onn Hafiz mengesahkan petugas kesihatan di beberapa hospital utama di Johor mengalami tekanan kerja yang luar biasa.

Ia termasuklah kekurangan jumlah jururawat apabila seorang petugas terpaksa mengendalikan 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif berbanding nisbah ideal iaitu enam ke lapan pesakit.

Related Posts

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

KUCHING — Pengumuman Belanjawan 2027 yang menyaksikan peningkatan bantuan tiket penerbangan FlySiswa MADANI daripada RM400 kepada RM500 mendapat sambutan positif dalam kalangan mahasiswa Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di Semenanjung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

KUANTAN – Golongan wanita di Pahang diseru agar tidak membiarkan rasa takut menghalang mereka daripada menjalani pemeriksaan kesihatan, khususnya saringan kanser payudara bagi membolehkan penyakit itu dikesan dan dirawat lebih…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Pelajar Sarawak sambut baik peningkatan bantuan FlySiswa MADANI dalam Belanjawan 2027

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Anwar kecam serangan Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Wanita Pahang jangan takut buat saringan awal kanser payudara

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

Belanjawan 2027 perkukuh komitmen MA63, tingkat peluang tajaan JPA buat anak Sabah, Sarawak

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

NUTP sambut baik tambahan peruntukan pendidikan

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon

PH perkasa kekuatan parti sebelum muktamad umum calon