Projek bina semula, naik taraf SK Pekan Lahad Datu bernilai RM29 juta dijangka siap 2026

LAHAD DATU – Projek pembinaan semula dan menaik taraf Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu dijangka siap sepenuhnya 22 Julai 2026 dengan kos keseluruhan sebanyak RM29 juta.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu membabitkan gantian 26 bilik darjah (Bangunan Akademik), empat unit rumah guru (Kelas F) dan pelbagai kemudahan lain mengikut piawaian terkini.

“Projek itu dibuat bagi menampung kapasiti lebih 1,900 pelajar dan 119 guru serta 19 kakitangan sokongan.

“Apabila siap, bangunan tiga tingkat berkenaan akan menampung kapasiti pelajar yang dijangka meningkat sehingga 3,000 pelajar bagi memggantikan bangunan lama yang telah uzur serta tidak sesuai digunakan,” katanya kepada media dalam lawatan kerjanya menerusi Projek Sekolah Daif Sabah 2020 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Lahad Datu, di sini, pada Selasa.

Ahmad berkata, bagi mengatasi sebarang isu berbangkit sepanjang pelaksanaan projek ini, kontraktor diminta melaksana kerja-kerja pembinaan yang tidak membawa gangguan semasa sesi pembelajaran.

“Pihak kontraktor digalakkan bekerja lebih masa dan digalakkan buat ‘Deed Of Assignment’ (DOA) dengan pembekal-pembekal yang mana kerajaan boleh membayar terus kepada pembekal.

 “Kita juga minta kontraktor buat tuntutan kerja lebih dari sekali dalam sebulan dan kelulusan bahan di proses segera sama ada di peringkat perunding atau di peringkat Superintending Officer (SO),” katanya.

Justeru, beliau berharap agar sebarang permohonan lanjutan masa (EOT) tidak lagi diberikan kepada kontraktor terlibat dalam projek sekolah dan pihak kontraktor memahami perkara tersebut.

Related Posts

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

ALOR SETAR – Cubaan seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menyeludup masuk dadah disyaki bunga ganja bernilai kira-kira RM1.17 juta dari negara jiran gagal. Suspek ditahan ketika dalam pemeriksaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Negara hancur dengan kebencian

1. Sejarah membuktikan bahawa membina sesebuah negara atau tamadun memerlukan kesabaran, kebijaksanaan, iltizam dan usaha yang berpanjangan. 2. Tetapi, untuk meruntuhkannya amat mudah, iaitu dengan menyemai kebencian, mengapi-apikan sentimen kaum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Negara hancur dengan kebencian

Negara hancur dengan kebencian

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

‘Rider’ kini boleh melepas lelah di Hab P-Hailing KL

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC – Jauteh

Allahyarham Jasmin sangat dedikasi, sedang pertimbangan ke pangkat SAC –  Jauteh

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Perkukuh keharmonian, masyarakat Ngemah diingatkan waspada ancaman berita palsu

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience

Pengamal media terokai warisan budaya Sarawak menerusi Miri In-depth Experience