Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama dan ASEAN

NILAI ringgit dibuka mengukuh pada awal dagangan hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama dunia, termasuk mata wang serantau ASEAN, didorong oleh data ekonomi China yang lebih memberangsangkan bagi bulan Jun.

Setakat jam 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2445/2670 berbanding dolar AS berbanding paras penutupan 4.2505/2560 pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Berhad, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pengukuhan ringgit disokong oleh data ekonomi China yang positif, termasuk eksport, penawaran wang dan pinjaman baharu, yang menunjukkan kesan positif daripada pelaksanaan langkah rangsangan ekonomi negara itu.

“Pada masa ini, ringgit dan yuan China memberi kaitan positif sekitar 80 peratus apabila yuan kekal stabil berbanding dolar AS,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menurut Mohd Afzanizam, pengukuhan ringgit berlaku meskipun Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 98.106 mata, susulan reaksi pasaran terhadap ketidaktentuan tarif yang berlarutan, serta isyarat keterbukaan Presiden Donald Trump untuk berunding, termasuk dengan Kesatuan Eropah (EU).

“Aset berisiko seperti pasaran ekuiti ditutup lebih tinggi, manakala hasil bon Perbendaharaan AS turut meningkat, mencerminkan kebimbangan pasaran terhadap tekanan inflasi,” jelasnya.

Mohd Afzanizam turut memaklumkan bahawa pada sesi dagangan semalam, ringgit ditutup 0.08 peratus lebih rendah berbanding dolar AS kepada 4.2533.

Justeru, beliau menjangkakan ringgit akan terus diniagakan dalam julat antara RM4.24 hingga RM4.25 sepanjang hari ini.

Sewaktu dibuka, ringgit turut mencatatkan peningkatan berbanding beberapa mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 2.8720/8874 daripada 2.8858/8897, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6987/7289 daripada 5.7305/7379 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9512/9775 daripada 4.9693/9757 sebelum ini.

Ringgit turut mengukuh berbanding mata wang serantau ASEAN.

Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.3093/3271 daripada 3.3184/3229, meningkat berbanding baht Thai kepada 13.0660/1450 daripada 13.1213/1439, lebih tinggi berbanding rupiah Indonesia kepada 261.1/262.7 daripada 261.5/262.0 serta mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.49/7.53 daripada 7.50/7.51 sebelum ini.

Related Posts

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

KUCHING – Sarawak bersedia melakukan anjakan paradigma dalam landskap digital global dengan beralih kepada infrastruktur ‘AI Grid’ (grid kecerdasan buatan) berbanding penggunaan pusat data fizikal menjelang lima tahun akan datang. Premier Sarawak,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MCMC, PDRM siasat dakwaan sunting gambar Sultan Selangor

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyebaran serta suntingan gambar Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang dikaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Lelaki pukul isteri ada 4 rekod jenayah, kahwin 9 kali

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Azzin Izzad pangku Ketua AMH Perlis

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Bantuan kewangan bukan ‘welfare state’, diberi berdasarkan kelayakan

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Kebun Dapur jadi pemangkin, pinjaman tanpa faedah ganti RAER

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Sarawak perintis ‘AI Grid’, sasar lahir 10,000 pakar teknologi digital

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI

Mangsa ribut, beberapa sekolah di Pendang dapat perhatian Kerajaan MADANI