PKR teliti tindakan terhadap Rafizi, lapan ahli parlimen

PUTRAJAYA – PKR sedang meneliti gesaan supaya parti itu mengambil tindakan terhadap sembilan ahli Parlimennya, termasuk Datuk Seri Rafizi Ramli.

Ia susulan tindakan mereka mengadakan sidang media terbuka berkaitan isu badan kehakiman.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pihaknya sedang meneliti perkara itu sebelum tindakan lanjut terhadap mereka diambil.

Fuziah memaklumkan, laporan rasmi berhubung perkara itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) yang diadakan dalam tempoh dua minggu lagi.

“Gesaan tersebut sudah pun sampai kepada saya, dan saya telah dimaklumkan mengenainya.

“Kini, pejabat Setiausaha Agung akan meneliti dan mengambil tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sebelum ini, Rafizi dan lapan lagi ahli Parlimen PKR mengadakan sidang media bagi mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja serta Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan pelantikan kehakiman.

Related Posts

UMNO perlu utamakan denyut nadi rakyat

PEKAN – UMNO perlu melakukan anjakan dan mengetepikan perbezaan dalaman bagi menjadi parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat serta menjadi sandaran orang Melayu. Ahli Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pahang, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu