Kerajaan Johor bimbang krisis tenaga kerja di hospital makin kritikal

JOHOR BAHRU – Isu tenaga kerja di beberapa buah hospital utama di daerah ini semakin kritikal apabila jumlah para petugas kesihatan tidak mampu menampung bilangan pesakit saban hari.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, berdasarkan tinjauan mengejut dilakukan beliau ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini, pihaknya mendapati golongan berkenaan kini menghadapi tekanan kerja yang sangat membebankan.

“Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon, berkesempatan melakukan pemeriksaan mengejut ke HSI iaitu hospital pakar terbesar kedua di negeri ini.

“Ia bertujuan meninjau sendiri realiti semasa perkhidmatan kesihatan dan beban tugas luar biasa yang ditanggung petugas barisan hadapan kita. Realitinya amat membimbangkan.

“Tekanan kerja yang semakin tinggi ini bukan sahaja menjejaskan moral petugas, malah turut memberi kesan kepada kualiti rawatan yang diterima pesakit,” katanya dalam hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Onn Hafiz berkata, berdasarkan pemerhatian, beliau mendapati, seorang jururawat terpaksa menguruskan lebih 10 hingga 14 pesakit dalam satu syif, berbanding nisbah ideal iaitu enam ke lapan pesakit.

“Keadaan ini bukan sahaja tidak adil buat petugas, tetapi juga tidak selamat untuk pesakit jika dibiarkan berpanjangan. Kerajaan Negeri memandang serius perkara ini dan akan terus menyalurkan sokongan dari segi fasiliti serta keperluan kesihatan yang mendesak.

“Saya sendiri akan merayu agar pengisian jawatan kesihatan di Johor dapat disegerakan tanpa kompromi selain membawa isu ini ke perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan jabatan berkaitan,” katanya.

Beliau dalam pada itu berharap agar semua petugas kesihatan di negeri ini dapat bersabar dan dikurniakan kekuatan, ketabahan serta perlindungan dalam menjalankan amanah.

“Terima kasih atas segala usaha dan kerja keras yang menjadi tulang belakang sistem kesihatan negeri ini. Kerajaan Negeri akan terus komited dalam memperjuangkan sistem kesihatan yang cekap, saksama dan mampan demi kepentingan seluruh negeri dan Bangsa Johor. Insya-Allah,” ujarnya.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis