Tapir Cherating mati dilanggar MPV

KUANTAN – Seekor tapir mati selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 35, Jalan Kuantan-Kemaman, berhampiran Cherating, di sini, tengah malam tadi.

Tapir itu dianggarkan seberat antara 150 dan 200 kilogram tetapi jantina belum diketahui.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintenden Mohd Adli Mat Daud berkata, berdasarkan laporan dari Balai Polis Cherating, kejadian berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 12.10 tengah malam.

“Siasatan mendapati kemalangan membabitkan sebuah MPV jenis Perodua Alza melanggar seekor tapir yang melintas jalan. Pemandu kenderaan yang juga seorang lelaki tempatan tidak cedera.

“Bangkai haiwan terbabit kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, menerusi hantaran Facebook Taman Agroteknologi MARDI Cherating memaklumkan tapir itu menjadi penyeri taman berkenaan.

“Tapir ini adalah haiwan terlindung namun biasa dijumpai oleh mereka yang berkhemah di Taman Agroteknologi MARDI Cherating.

“Ia telah maut dilanggar di hadapan jalan Taman Agroteknologi MARDI Cherating. Hilanglah salah satu keunikan di Taman Agroteknologi MARDI Cherating dan kehilangan besar buat pencinta haiwan ini,” kata hantaran itu.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Pengundi nilailah ‘drama’ politik BN dan PN – Aminuddin

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Anthony Menteri Besar Negeri Sembilan, Asyraf Wajdi terdesak hingga sanggup ‘tunggang’ politik kebencian

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu