Kerajaan cadang kandungan guna AI dilabel

KERAJAAN sedang meneliti cadangan mewajibkan pelabelan kandungan dihasilkan kecerdasan buatan (AI) sebagai ‘AI generated’ mengikut Akta Keselamatan Dalam Talian yang bakal dikuatkuasakan hujung tahun ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, langkah itu penting bagi menangani penyalahgunaan teknologi AI – termasuk penyebaran berita palsu – penyamaran identiti dan penipuan di media sosial.

“Beberapa platform sosial secara sukarela sudah mula melabel kandungan mereka sebagai ‘AI generated’.

“Maka, kita mungkin pertimbangkan untuk mewajibkannya di bawah akta baharu ini,” ujarnya.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata demikian selepas merasmikan Program Festival AI di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Angkasapuri Kota Media, pada Ahad.

Beliau turut menjelaskan penggunaan AI perlu dinilai secara menyeluruh oleh setiap organisasi dari segi manfaat, cabaran, keupayaan dan batasan teknologi itu.

Katanya, ketika ini belum ada garis panduan kawal selia jelas di peringkat antarabangsa mengenai kandungan palsu yang terhasil daripada AI serta pihak mana paling sesuai menggubal peraturan berkaitan.

“Persoalannya kini ialah siapa yang patut menggubal kawal selia? Di peringkat negara, sudah pasti Parlimen dan kementerian seperti Kementerian Digital perlu ke hadapan.

“Namun, setiap kementerian juga perlu menilai penggunaan AI dalam bidang masing-masing,” tambahnya.

Related Posts

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

SETIAP kali menghampiri Aidilfitri, ramai di antara kita yang menghadapi tekanan kewangan. Mahu menyediakan belanja raya untuk keluarga. Mahu wajah anak bini berseri-seri gembira di pagi raya. Menyedari konteks ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi perhatian serius terhadap usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di kawasan konflik di Asia Barat susulan perkembangan keselamatan yang semakin meruncing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

JKR Miri gotong-royong masak, agih bubur lambuk

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri