Akta JAC tak ikat pelantikan hakim

AKTA Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 bukanlah peruntukan undang-undang yang mengikat dalam menentukan pelantikan hakim, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.

Sebaliknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, Akta JAC 2009 itu hanya berperanan menapis, menilai dan mencadangkan nama-nama calon kepada Perdana Menteri.

“Pelantikan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi tertakluk kepada Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.

“Akta JAC lebih kepada menapis, menilai dan mengatur (cadang) nama-nama calon, tetapi ia bukan akta finalisation (yang mengikat). Cadangan itu tidak mengikat.

“Nama-nama yang disaring JAC tetap perlu melalui prosedur di bawah Perkara 122B. Kalau niat mahu proses JAC itu mengikat, maka Perlembagaan perlu dipinda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Pengerang, Kota Tinggi, pada Ahad.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ketua Penerangan UMNO meminta semua pihak merujuk hansard Dewan Rakyat ketika Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, memegang jawatan berkenaan.

“Ketika itu, Mohamed Nazri memaklumkan bahawa Akta JAC itu lebih kepada pentadbiran, dan ia tidak mengikat.

“Kalau niat nak mengikat, kena dibuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan, tetapi isunya Perkara 122B masih tidak dipinda.

“Perkara berkenaan tidak menyebut bahawa adanya Akta JAC yang wajib mengikat.

“Jadi jika kita tafsirkan undang-undang ini, dia membezakan antara duanya (Akta JAC dan Perkara 122B),” katanya.

Related Posts

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

KUALA LUMPUR – Bank Dunia mendedahkan tindakan kerajaan mengurangkan kuota penggunaan petrol bersubsidi di bawah BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan adalah tepat dalam usaha mengurangkan beban fiskal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan kes ‘mafia korporat’ setakat ini tidak melibatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis