Pembangkang dicabar bawa usul undi tidak percaya terhadap Anwar – Taufiq

SUNGAI PETANI – Pembangkang dicabar membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dan menamakan individu yang kononnya layak menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Mohammed Taufiq Johari menegaskan, tiada lagi pemimpin lebih layak berbanding Ahli Parlimen Tambun itu yang berjaya memulih dan membangunkan ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu ketika ini.

“Jika pembangkang berani nak bawa satu gerakan kononnya menurunkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya mencabar kalau ada mana-mana ahli Parlimen yang berani membawa usul undi tidak percaya dalam Parlimen, adakah akan mendapat sokongan?

“Dan silakan pembangkang namakan pemimpin yang boleh menggantikan Perdana Menteri hari ini… untuk masa sekarang dengan keadaan ekonomi teruk, tarif yang dikenakan Donald Trump (Presiden Amerika Syarikat) agak tinggi, bagaimana untuk mengimbangkan negara… kita perlu seimbangkan pemulihan dan pembangunan, maknanya di samping nak pulih ekonomi, kita juga nak bangunkan ekonomi kita,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan media berhubung Himpunan ‘Turun Anwar’ ketika hadir ke majlis penyerahan projek naik taraf Medan Selera Jalan Dewa di sini hari ini.

Jelas Taufiq, Anwar sendiri mempunyai sokongan penuh 154 ahli Parlimen yang sentiasa mendokong pentadbiran Kerajaan MADANI tanpa perlu dipertikai lagi.

“Kita mesti tahu asas perhimpunan untuk apa, apa yang perlu didesak? Sekarang Perdana Menteri sudah melakukan satu usaha yang baik, pelaburan asing yang cukup banyak, peningkatan bantuan kebajikan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan setiap tahun, Bajet Ekonomi MADANI setiap tahun dinaikkan.

“Kalau pembangkang cuma mainkan sentimen, apakah sebenarnya keutamaan perhimpunan itu diadakan? Apa sebab musabab nak ‘Turun Anwar’?” soalnya.

Related Posts

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk menghina, mencaci, menghasut atau menjatuhkan maruah orang lain sehingga menjejaskan perpaduan masyarakat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

PEMIMPIN kanan parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan beliau merupakan salah seorang daripada dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam kes berdua-duaan di tempat tertutup di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

  • By Ithma
  • October 17, 2026
Donal pertahan kejuaraan, Nancy cipta rekod baharu Timpohon Run 2026

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Jangan jadikan media sosial medan menghina dan menghasut – Agong

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Nik Nazmi akui antara individu ditahan JAIS, mohon maaf kepada keluarga

Jangan matikan suara mahasiswa!

Jangan matikan suara mahasiswa!

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Anwar sokong pengukuhan pemikiran Islam, tadbir urus negara

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan

Sarawak mahu lahir lebih ramai pakar tempatan dalam pemuliharaan warisan