Kerajaan Sabah fokus bentuk ekonomi moden, berdaya saing menerusi pelan SMJ

INANAM – Kerajaan Negeri Sabah fokus untuk membentuk ekonomi yang moden, berdaya saing dan inklusif melalui pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelan hala tuju SMJ akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat, sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

“Ia dirangka sebagai rangka kerja utama kepada pelbagai pelan pembangunan sektor.

“Komitmen kita terhadap masa depan Sabah amat jelas dalam pelan ini yang berlandaskan tiga teras utama iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan, kedua, pelaburan dalam modal insan dan ketiga hubungan dengan pendekatan hijau.

“Kita bukan sekadar membina sebuah ekonomi tetapi sedang membina masa depan bersama iaitu manfaat kemajuan dapat dirasai di setiap daerah, termasuk di Inanam,” katanya semasa merasmikan AFFIN Bank Cawangan Inanam di Plaza Kolombong, di sini pada Khamis.

Jelasnya, sistem kewangan yang inklusif dan mudah adalah penting dalam membuka potensi rakyat serta sekali gus merancakkan pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merangkumi 98 peratus peniagaan di Sabah.

“Namun, masih ramai perniagaan ini berdepan pelbagai cabaran sebenar seperti akses kredit yang terhad, kurang kesiapsiagaan digital dan kesukaran menyesuaikan diri dengan pasaran yang sentiasa berubah,” katanya.

Justeru itu, beliau berkata kehadiran bank seperti AFFIN boleh membantu merapatkan jurang tersebut menerusi pembiayaan bersasar untuk sektor seperti pertanian dan eko pelancongan, sokongan bimbingan dan nasihat serta pembiayaan khusus untuk usahawan wanita.

“AFFIN juga boleh membantu menerusi program literasi kewangan bagi mempersiapkan rakyat Sabah, khususnya belia, menghadapi tuntutan ekonomi masa ini,” katanya.

Tambahnya, beliau percaya bahawa setiap rakyat Sabah perlu diberi kuasa dengan alat dan sokongan kewangan untuk berkembang, menyimpan, membina dan menyumbang kepada ekonomi Sabah.

“Kita sedar bahawa pembangunan yang bermakna mesti bermula dengan akses kepada modal, perkhidmatan kewangan, serta alat yang membolehkan keusahawanan dan mobiliti sosial.

“Bagi masyarakat luar bandar, perniagaan kecil dan golongan belia yang sedang menceburi ekonomi digital, ia harus menjadi pemangkin kemajuan dan membuka potensi mereka,” ujarnya.

Hajiji berkata dengan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan yang komprehensif oleh AFFIN, Sabah sedang melangkah ke arah masyarakat yang lebih inklusif dari segi kewangan serta peluang dapat dinikmati oleh semua.

Related Posts

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut
  • AdenAden
  • September 12, 2026

CAMERON HIGHLANDS – Hujan lebat yang melanda Cameron Highlands petang semalam mengakibatkan banjir kilat dan banjir lumpur di beberapa lokasi, selain kejadian tanah runtuh yang menjejaskan laluan di sekitar Tanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

KUCHING – Universiti Utara Malaysia (UUM) merintis kerjasama strategik bersama Kerajaan Sarawak dalam bidang komunikasi menerusi penyerahan surat hasrat sempena International Conference on Media and Communication 2026 (i-COME’26), di sini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

MCMC siasat laporan operasi manipulasi pilihan raya guna AI Claude

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat

Pertikaian istilah Kerajaan MADANI jelas PRU16 semakin dekat