PIBG ejen pemerkasa nilai Malaysia MADANI di sekolah, komuniti

KEMAMAN – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berpotensi menjadi antara ejen utama dalam memperkasakan nilai serta intipati gagasan Malaysia MADANI dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.

Yang Dipertua PIBG SMK Bukit Kuang, Rostam Mohd berkata, peranan PIBG bukan sahaja terbatas kepada aspek kebajikan dan akademik pelajar, malah mampu menjadi jambatan penghubung dalam penyampaian nilai-nilai murni Malaysia MADANI.

“Melalui program yang dianjurkan bersama komuniti, PIBG dapat mengumpul pelbagai input serta pandangan daripada ibu bapa untuk disampaikan semula dalam bentuk program yang memberi kefahaman dan penghayatan terhadap konsep Malaysia MADANI.

“PIBG boleh menjadi pemudah cara dalam menyampaikan maklumat ini kepada komuniti melalui pendekatan yang lebih dekat dan mesra,” katanya ketika ditemui pada Program Memasak Bubur Asyura anjuran PIBG dan pihak sekolah di SMK Bukit Kuang, di sini.

Menurutnya, program berkenaan adalah yang pertama kali dianjurkan sejak penubuhan sekolah itu pada 2012, dan mendapat sambutan menggalakkan daripada ibu bapa serta warga sekolah.

Program tersebut menyaksikan kerjasama erat antara Ahli Jawatankuasa PIBG, ibu bapa, pelajar dan guru yang berganding bahu menyediakan bubur Asyura sebelum diagihkan kepada semua hadirin termasuk ibu bapa dan warga sekolah.

  • Related Posts

    Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

    PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 tanpa subsidi serta diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan bagi tempoh 25 hingga 30 Jun ini susulan penyusutan purata harga pasaran minyak antarabangsa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

    SEGAMAT – Kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi setiap Kawasan Rukun Tetangga (KRT) daripada RM6,000 kepada RM10,000 bermula Januari tahun depan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

    Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

    PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

    PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

    Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

    Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

    Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

    Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

    Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

    Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

    Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

    Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang