Jualan Dapur Digital raih lebih 1 juta, ubah nasib B40 di bandar

SIAPA sangka inisiatif Dapur Digital mampu merekodkan jumlah jualan melebihi RM1 juta dalam tahun pertama pelaksanaannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, kejayaan ini membuktikan golongan B40 dan miskin bandar, terutamanya ibu tunggal, belia serta suri rumah yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat dan Perumahan Awam (PPR/PA) mampu menjana pendapatan melalui kemahiran memasak, berpaksikan teknologi dan sokongan platform e-dagang.

Jelasnya, kejayaan itu direkodkan menerusi pelaksanaan lima Dapur Digital perintis pada tahun 2024 dengan pendapatan melebihi RM1.08 juta (RM1,088,285.78).

“Saya ingin nyatakan bahawa kejayaan projek ini ialah di mana pada tahun lepas kita telah berjaya mengumpulkan jualan sehingga melebihi RM1 juta.

“Kita juga mendapat dokongan daripada MOF (Kementerian Kewangan) di mana dalam bajet 2025 yang lepas, kita juga telah mendapat tambahan RM5 juta kepada projek Dapur Digital ini. Maka saya kira ini harus diperluaskan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Penyerahan Kunci Dapur Digital Wilayah Persekutuan 2025 di ibu negara hari ini.

Zaliha turut berkata, kejayaan ini menjadi asas kepada perluasan fasa kedua inisiatif Dapur Digital di 10 lagi Program Perumahan Rakyat (PPR) pada tahun ini.

Jelasnya, antara 10 lokasi baharu Dapur Digital di WPKL pada tahun 2025 adalah PPR Seri Semarak, PPR Hiliran Ampang, PPR Seri Alam, PPR Raya Permai, PPR Kg Muhibbah, PPR Taman Mulia, PPR Beringin, Pangsapuri Sentul Utara, PA Sri Kedah dan PA Seri Perlis II.

“Sekali lagi, saya rakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat, daripada Kementerian Kewangan yang memperuntukkan dana, Jabatan Perpaduan, Jabatan Wilayah Persekutuan dan DBKL yang menyelaras dari peringkat pelaksanaan.

“Selain itu, pihak swasta seperti Maxis, Brahim, Media Prima, PPB Group, Shopee, TikTok dan Grab yang menjadi rakan swasta, hinggalah kepada NGO seperti Pepper Labs dan NGI serta peserta komuniti yang menjadi nadi utama kejayaan program ini,” katanya.

Related Posts

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

PUTRAJAYA – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan menyeluruh berdasarkan segala dapatan dan maklumat yang terkandung dalam laporan itu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Seramai 1,043 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Operasi Penguatkuasaan Bersepadu yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 10 dan 11 Ogos lalu. Operasi berkenaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Tangki minyak ‘menyamar’ jadi tayar ganti, helah seludup petrol terbongkar

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

Laporan RCI TH akan diserah kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

UMNO Pahang terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

Operasi serentak seluruh negara, 1,043 warga asing ditahan

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

RON97 turun 20 sen, RON95 tanpa subsidi turun 15 sen

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA

Teguran buahkan hasil, KSN puji kualiti kemudahan I-LEAD Park INSARA