Penceramah, pendakwah perlu patuhi etika dan garis panduan – Mohd Na’im

PENCERAMAH serta pendakwah diingatkan agar sentiasa mematuhi etika dan garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan bahawa saringan terhadap latar belakang, akhlak serta kelayakan penceramah dan pendakwah bebas perlu diperkukuh, khususnya terhadap mereka yang tidak bernaung di bawah mana-mana institusi berautoriti.

“Saya ingin mengingatkan bahawa setiap penceramah, pendakwah dan individu yang membawa imej Islam, terutamanya golongan agamawan bebas, hendaklah sentiasa menjaga akhlak, integriti dan maruah diri selaras dengan ajaran Islam.

“Kedudukan sebagai pendakwah bukanlah lesen untuk memperalatkan agama demi kepentingan peribadi atau terlibat dalam perlakuan yang tidak bermoral serta bercanggah dengan undang-undang,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook pada Isnin.

Tambah beliau, Kerajaan MADANI komited dalam usaha memperkasa ekosistem dakwah yang lebih tersusun, profesional dan berintegriti.

Sehubungan itu, katanya lagi, pihaknya melalui kerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah melaksanakan program Felo Muda Dakwah (FMD) dan Akademi Daie Muda YADIM (ADMY), yang bertujuan melahirkan pendakwah muda berwibawa di negara ini.

“Sehingga kini, seramai 364 individu telah menjalani latihan intensif menerusi kedua-dua program tersebut sejak ia diperkenalkan pada tahun 2014.

“Inilah antara usaha Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam melahirkan pendakwah yang mencerminkan semangat ummah MADANI,” jelas beliau.

Mengulas isu melibatkan seorang penceramah bebas yang didakwa terbabit dalam penyebaran video lucah, Mohd Na’im menyatakan bahawa kes berkenaan bukan sahaja mencemarkan maruah individu terbabit, malah menjejaskan imej institusi dakwah serta kepercayaan masyarakat terhadap golongan agamawan.

Justeru, beliau menyeru orang ramai agar memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan adil tanpa menjatuhkan hukuman secara tergesa-gesa.

“Pada masa yang sama, kita mesti menolak sekeras-kerasnya budaya saling mengaibkan, apatah lagi jika dilakukan semata-mata untuk meraih pengaruh atau perhatian,” tegas beliau.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penceramah bebas telah ditahan pihak polis kerana disyaki menyebarkan beberapa rakaman video seks serta gambar yang mengaibkan melibatkan isterinya dan wanita lain.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha