Hormati proses undang-undang, jangan biar persepsi atasi fakta – Andi

TAWAU – Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy menyeru rakyat Sabah agar menghormati proses perundangan dan memberi ruang serta masa kepada sistem kehakiman untuk menjalankan tugas tanpa tekanan luar.

Beliau berkata, dalam negara yang menjunjung tinggi prinsip keadilan, rakyat negara ini tidak boleh menjatuhkan hukuman sosial yang boleh mencemarkan maruah serta menjejaskan kehidupan seseorang sebelum keputusan dibuat oleh mahkamah.

“Prinsip asas dalam negara demokrasi dan berperlembagaan ialah seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah di mahkamah,” katanya dalam kenyataan media, pada Sabtu.

Suryady yang juga Ahli Parlimen Kalabakan menyeru rakyat Sabah agar tidak menjatuhkan hukuman awal atau membuat sebarang spekulasi.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak bersalah dalam kes ini dan sentiasa percaya kepada kedaulatan undang-undang.

“Saya yakin dengan proses kehakiman yang adil di negara kita.

“Justeru, saya juga menyeru orang ramai agar tidak menjadikan media sosial sebagai ‘mahkamah rakyat’ yang menjatuhkan hukuman berdasarkan andaian atau persepsi semata-mata,” katanya.

Suryady menambah, beliau menerima cabaran ini sebagai satu ujian hidup, namun pada masa sama merupakan ruang untuk membersihkan nama beliau secara terbuka di mahkamah.

Beliau juga tetap komited menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan anggota pentadbiran negeri walau berdepan pelbagai tekanan dan cabaran.

“Saya tidak akan lari daripada tanggungjawab. Saya akan terus turun padang, mendengar keluhan rakyat serta mencari penyelesaian kepada isu-isu yang dihadapi masyarakat.

“Saya merakamkan penghargaan kepada keluarga, rakan seperjuangan dan rakyat yang terus memberikan sokongan moral sepanjang melalui ujian ini.

“Terima kasih kepada semua yang terus percaya dan mendoakan. Doa dan kepercayaan anda menjadi kekuatan untuk saya terus melangkah dengan tenang dan tabah.

“Biarlah mahkamah yang menentukan sama ada saya bersalah atau tidak. Saya percaya, akhirnya kebenaran akan terserlah juga,” ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan Andi dan ADUN Sindumin, Datuk Dr. Yusof Yaacob didakwa di Mahkamah Khas Rasuah atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen perlombongan mineral di negeri ini.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah atas pertuduhan dan mahkamah kemudian menetapkan 5 Ogos ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan.

Related Posts

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

MUAR – Cubaan sindiket penyeludupan dadah membawa keluar pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM57 juta ke negara jiran berjaya dipatahkan apabila Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan dua individu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing