KDN hormati teguran EAIC, perbaiki proses permohonan kad pengenalan

KOTA BELUD – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghormati dapatan dan teguran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) susulan pendedahan berhubung terdapat kelewatan tidak wajar yang dikendalikan oleh seorang pegawai penyiasat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah dalam mengendalikan permohonan kad pengenalan baharu membabitkan seorang kanak-kanak.

Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sentiasa terbuka terhadap sebarang cadangan penambahbaikan khususnya yang melibatkan keberkesanan sistem penyampaian dan integriti agensi di bawah Kementeriannya.

“Jadi dalam kes teguran ini, saya menghormati yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya tersebut. Cuma di satu sisi lain, JPN punya piagam yang sangat terang, pantas dan cepat tanpa kompromi dari sudut ketulenan satu dokumen permohonan.

“Sekiranya suruhanjaya tersebut mempunyai elemen penambahbaikan, saya dan Datuk KSU terbuka untuk menambah baik proses itu.

“Kita cuma penghubung kepada rakyat, jadi bila rakyat yang memerlukan perkhidmatan itu terkesan kerana proses kelambatan dan sebagainya, maka, menjadi kewajiban kami untuk memperbaiki,” katanya semasa sidang media selepas Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkalan Abai, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Saifuddin menjelaskan bahawa sebarang permohonan yang lengkap dan disokong oleh dokumen sah akan diproses mengikut tempoh masa yang ditetapkan dalam Tatacara Pengendalian Piawai (SOP).

Katanya, pelanggan atau pemohon juga akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, beliau berkata, terdapat juga kes permohonan yang ditolak kerana dikesan menggunakan dokumen palsu untuk mendapatkan sijil kelahiran.

“Ada juga berlaku di mana permohonan daripada rakyat itu sama ada gagal ataupun kami tolak terus adalah kerana dokumen yang dikemukakan itu adalah dokumen palsu.

“Misalnya daripada klinik bersalin, yang sebenarnya tak berlaku pun proses kelahiran di sana. Tapi klinik ini digunakan untuk mengeluarkan pengesahan kelahiran.

“Jadi ibu bapa ambil pergi ke JPN, kemudian bawa bayi dia yang mungkin diambil sebagai anak angkat daripada rumah jagaan dan sebagainya.

“Sudah tentulah JPN akan lakukan proses semak. Kadang-kadang kita tolak yang itu,” tegasnya.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy