Hebat! Kini anak muda sudah benci dan berani tolak rasuah – Mahfuz

SEMANGAT mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) baru-baru ini yang berani bangkit menyuarakan ketegasan membenci dan menolak rasuah mula dihormati oleh masyarakat hari ini.

Anak muda yang peduli soal integriti negara adalah aset penting dalam membina masa depan Malaysia yang bersih, telus dan bertanggungjawab.

Sikap mahasiswa UMS itu turut mendapat perhatian Naib Presiden Amanah , Datuk Mahfuz Omar yang turut teruja dengan sikap mereka.

Menurutnya, dalam semangat melawan kebejatan rasuah, para mahasiswa perlu berhati-hati agar tidak tersasar dalam menyalahkan pihak yang sebenarnya sedang membuka laluan kepada keadilan.

“Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI tidak melindungi rasuah dan perasuah.

“Malah beliau dengan jelas memberi ruang dan kebebasan sepenuhnya kepada agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis untuk bertindak secara profesional dan tanpa campur tangan politik,” katanya.

Menurutnya lagi, di bawah kepimpinan PMX , SPRM telah bertindak berani terhadap tokoh politik dari pelbagai parti termasuk individu yang dekat dengan kerajaan.

“Apa yang mendapat perhatian tentang kesungguhan PMX menangani rasuah hari ini ialah kes-kes lama yang dahulunya ‘dibekukan’ mula disiasat semula.

“Begitu juga mengenai perolehan kerajaan mula diperketat melalui dasar Tender Terbuka dan Integriti,” jelasnya.

Justeru katanya, kenapa kemarahan perlu ditujukan kepada seorang Perdana Menteri yang memberi laluan kepada SPRM dan agensi penguatkuasaan bertindak tanpa halangan serta memerdekakan mahkamah dan kehakiman negara.

“Anak muda mesti kekal adil dan bijak menilainya.Marahkan perasuah, marahkan sistem lama yang penuh ketirisan.

“Jangan sama sekali pukul sama rata hingga kita membiarkan kerajaan bersendirian membina jalan perubahan,” katanya.

Oleh itu beliau menyeru mahasiswa dan anak muda seluruh negara untuk terus kritikal tetapi adil.

Menurutnya, mereka boleh terus bersuara tetapi jangan membiarkan ada pihak lain seperti mereka yang terlibat dalam kes Janawibawa mengambil kesempatan memperalat suara anak muda menjadi agenda politik mereka.

“Tindakan itu hanya mahu melemahkan keyakinan rakyat kepada reformasi yang sedang berjalan hari ini.

“Saya berterima kasih kepada anak muda dengan semangat yang ditunjuk dan terus bangun serta bangkit bagi memastikan Malaysia bebas rasuah” ujarnya.

Related Posts

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mewajibkan semua pemberi perkhidmatan berlesen mengambil tindakan segera terhadap kandungan memudaratkan, termasuk menyekat akses kepada kandungan berkeutamaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siasat dalang boloskan PATI, kebocoran di hulu perlu diutamakan

PUTRAJAYA – Keperluan agar budaya hanya menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang sudah berada dalam negara tanpa menutup kebocoran di pintu masuk dihentikan dengan kadar segera. Presiden Pemerhati Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam