Sabah berhak dilibatkan dalam rundingan Ambalat – Bung Moktar

KOTA KINABALU – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa Sabah berhak untuk dilibatkan dalam sebarang kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat.

Bung berkata, Kerajaan Persekutuan seharusnya membuka ruang dan peluang kepada Kerajaan Negeri Sabah untuk turut serta dalam Rundingan Tahunan Malaysia–Indonesia di Jakarta pada 29 Julai ini.

“Ini penting agar suara dan kepentingan Sabah diiktiraf secara sah dan jelas dalam apa-apa keputusan dasar berkaitan pembangunan bersama kawasan Ambalat.

“Saya ingin menegaskan bahawa Sabah berhak untuk dilibatkan dalam apa jua kerangka rundingan bersama yang melibatkan kawasan pertikaian Ambalat,” katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Bagaimanapun, Bung megingatkan agar isu kedaulatan Sabah tidak dipolitikkan lebih lagi Sabah kini berada di ambang Pilihan Raya Negeri.

“Isu yang melibatkan kepentingan negeri dan negara harus diangkat dengan penuh tanggungjawab dan tidak dijadikan modal untuk meraih sokongan politik jangka pendek.

“UMNO Sabah akan memastikan suara negeri ini dibawa secara formal dan konstruktif, termasuk melalui Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri agar kepentingan rakyat Sabah selaku jiran terdekat kawasan Ambalat terus terpelihara,” ujarnya.

Tambahnya, sebagai Ketua UMNO Sabah, beliau ingin menegaskan bahawa isu Ambalat tidak wajar dijadikan bahan politik berlebihan sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat.

“Kita juga harus mengelak daripada mengheret isu sempadan maritim ini ke gelanggang sentimen politik tempatan, kerana ia hanya akan membuka ruang polemik tanpa menyumbang kepada penyelesaian sebenar.

“Pendekatan diplomasi adalah jalan paling rasional dalam menangani pertindihan tuntutan maritim di kawasan Ambalat,” ujarnya.

Justeru, Bung menyeru semua pihak agar kekal rasional dan bersatu mempertahankan kedaulatan negara sambil memastikan rakyat Sabah terus memperoleh manfaat wajar daripada sebarang hasil rundingan Ambalat.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan