Lelaki dicekup bersama 7.4kg ganja di Kuching

KUCHING – Seorang lelaki tempatan diberkas polis selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja seberat 7,450 gram dalam serbuan di Naim Commercial Centre, Jalan Green di sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, tangkapan dibuat oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching kira-kira jam 1.10 pagi.

“Suspek lelaki berusia 24 tahun ditahan bersama dadah yang dianggarkan bernilai RM23,095. Hasil ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu kenyataan media pada Khamis.

Menurutnya, suspek kini direman selama lima hari sehingga 7 Julai ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Turut dirampas sebuah kereta jenis Kia Picanto yang disyaki digunakan dalam aktiviti berkaitan dan kini disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988,” katanya.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 39B memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup, dan jika tidak dihukum mati, pesalah boleh dikenakan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Beliau menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat kepada polis berhubung sebarang kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah di kawasan masing-masing.

“Kita memerlukan kerjasama semua pihak agar jenayah ini dapat dibanteras secara menyeluruh,” tegas beliau.

Related Posts

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

BENTONG – Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman kesal dengan tindakan seorang individu yang didakwa mencuri selepas menerima bantuan di pejabatnya, semalam. Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika pegawai di pejabatnya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Reachout Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan