Hishamuddin Rais keluarkan perkataan kesat, SEKPUR buat laporan polis

SEKRETARIAT Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) hari ini membuat laporan polis terhadap aktivis politik, Hishamuddin Rais yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak sopan ketika menyertai Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 yang berlangsung di ibu negara pada 28 Jun lalu.

Timbalan Pengerusi SEKPUR, Mejar (B) Razali Zakaria berkata, ketika perhimpunan itu berlangsung, Hishamuddin membuat satu ucapan dan mengeluarkan perkataan berunsur provokasi dan menghina.

“Saya pun tak nak sebut di sini… kita tak kisah sebenarnya, nak buat himpunan 10 juta orang pun tak kisah.. Tetapi kalau dah melanggar Akta Perhimpunan Aman dengan memaki hamun, memfitnah dan juga ada beberapa orang melawan atau menghalang penjawat awam termasuk mahasiswa ini, nampaknya makin lama makin tidak terkawal.

“Nak berhimpun, berhimpun lah. Tetapi jangan keluarkan perkataan yang tidak sepatutnya. Jadi itu perkara yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

“Kami di pihak SEKPUR telah membuat laporan polis dan harap polis ambil tindakan,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Naib Pengerusinya, Shahbudin Embon.

Shahbudin dalam sidang media sama pula menyifatkan, perkataan yang digunakan oleh Hishamuddin adalah ayat dalam Bahasa Inggeris yang menjatuhkan maruah dan memberi kesan yang amat buruk kepada masyarakat.

“Saya percaya bahawa pihak polis telah menjalankan siasatan dan saya difahamkan bahawa pihak PDRM Bukit Aman ada menghubungi kami dan akan memanggil Hishamuddin,” katanya.

Dalam himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 hujung Sabtu lalu Hishamudin telah mengeluarkan perkataan berunsur cacian ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkataan tersebut diulang-ulang dan diteriakkan bersama anak anak muda yang menggelar diri mahasiswa penuntut ilmu dan tidak sewajarnya memaki di khalayak ramai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang turut dikunjungi pelancong asing.

Related Posts

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PENGLIBATAN beberapa tokoh politik dalam kemelut membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan didakwa hanya memburukkan lagi keadaan dan berisiko menjejaskan kemuliaan institusi Raja serta Undang di negeri berkenaan. Pemerhati politik, Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Dadah RM57 juta cuba diseludup ke negara jiran gagal, dua ditahan

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing