SPRM mula siasat projek MyKiosk

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia susulan aduan diterima SPRM daripada sebuah parti politik berhubung perkara berkenaan.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus berkata, susulan itu pihaknya menjalankan siasatan awal berhubung aduan berkenaan.

Pada masa sama, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga sudah memulakan proses penyiasatan secara serentak.

“Selain KPKT yang sudah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak terbabit turut memberi beberapa dokumen berkaitan projek ini.

“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya di sini, hari ini.

SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, sistem dan prosedur ditetapkan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009.

KPKT sebelum ini dilapor menyerahkan dokumen kepada SPRM berkaitan projek MyKiosk yang mendapat perhatian pelbagai pihak kerana didakwa harganya yang mahal.

KPKT dalam kenyataan berkata, penyerahan dokumen secara sukarela itu sebagai tanda komitmen kementerian dalam memastikan ketelusan serta integriti projek itu.

Related Posts

Bekas Ketua Hakim Negara meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 90 tahun. Berita pemergian Allahyarham yang juga anak jati Batu Gajah, Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2026 bakal menjadi pemangkin baharu dalam memperluas produk tempatan menerusi gerakan Jom Beli Produk Malaysia (Jom Malaysia) ke pentas dunia. Menteri Perdagangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor