PMX arah kedutaan bantu segera rakyat Malaysia terkandas di Milan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kedutaan Malaysia di Itali supaya mengambil tindakan segera bagi membantu seorang rakyat Malaysia, Dalila Zaidi, yang terkandas di Milan setelah pasport miliknya dicuri.

Anwar berkata, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Kementerian Luar Negeri untuk memastikan tindakan sewajarnya dapat diambil segera demi keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia yang terlibat.

Arahan tersebut dikeluarkan susulan ciapan daripada pengguna akaun X dengan nama @daalilaz yang memohon bantuan setelah mengalami kecurian pasport ketika berada di sekitar stesen Santa Sofia, Milan, pada 30 Jun 2025.

“Salam PMX @anwaribrahim, my name is Dalila Zaidi and I’m a Malaysian currently stranded in Milan after my passport was stolen in the afternoon yesterday, 30 June 2025 near Santa Sofia station… I truly appreciate your attention to this,” katanya dalam ciapan berkenaan.

Dalam ciapan itu juga, Dalila mendakwa dia telah cuba mendapatkan Sijil Perjalanan Kecemasan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Rom, namun dimaklumkan bahawa urusan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana ketiadaan pegawai untuk menandatangani dokumen yang diperlukan.

Difahamkan, ketiadaan pegawai bertugas itu adalah disebabkan lawatan rasmi Perdana Menteri ke Itali yang berlangsung dari 1 hingga 3 Julai 2025.

Terdahulu, pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan delegasi beliau berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 2.15 petang.

Lawatan tersebut adalah atas jemputan rasmi oleh Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16