RM6.4 bilion pelaburan direalisasi di ECER, 2,800 peluang pekerjaan berhasil

MAJLIS Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) merekodkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM6.4 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun 2025, sekali gus mewujudkan lebih 2,800 peluang pekerjaan baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata nilai pelaburan komited yang dicatatkan oleh ECERDC dalam tempoh sama pula mencecah RM10.4 bilion, sekali gus melepasi sasaran tahunan RM10 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini

Anwar berkata, ECERDC perlu terus memperkukuh daya saing Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan utama di peringkat nasional dan antarabangsa melalui pendekatan fasilitasi yang efisien dan proaktif.

“Perencanaan kerajaan terutamanya melalui Pelan Pembangunan ECER antara lain akan menyaksikan sebanyak lapan buah projek strategik dan berimpak tinggi yang dijadualkan akan siap pada tahun ini” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

“ECERDC perlu meneruskan momentum ini melalui proses fasilitasi efisien dan proaktif yang mengukuhkan kedudukan Wilayah Pantai Timur sebagai destinasi pelaburan yang kompetitif di peringkat nasional dan antarabangsa,” katanya.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan bahawa Mesyuarat ECERDC telah berlangsung hari ini, dengan meneliti perkembangan semasa petunjuk-petunjuk utama koridor ekonomi tersebut.

Beliau turut menjelaskan bahawa mesyuarat berkenaan turut membincangkan kerangka hala tuju pembangunan ECER di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang kini sedang digubal oleh kerajaan.

“Saya tekankan keperluan meletakkan kepentingan jangka panjang negara dalam usaha menarik pelabur-pelabur termasuk kepentingan peratusan elemen peralihan teknologi dan kemahiran dalam setiap pelaburan masuk yang diluluskan,” ujarnya.

Related Posts

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

KEBELAKANGAN ini semakin banyak naratif politik cuba dibina untuk menggambarkan sesetengah tokoh pembangkang sebagai ‘pemimpin alternatif terbaik’ kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara yang sering diketengahkan ialah Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah melangkah lebih dekat ke era digital penuh apabila CTS Horizon Sdn. Bhd. menyatakan komitmen mereka untuk memperkukuh infrastruktur telekomunikasi dan keterhubungan negeri ini. Timbalan Ketua Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

Kepimpinan negara tidak boleh dinilai melalui persepsi semata-mata

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

CTS Horizon sokong transformasi digital Sabah melalui kerjasama strategik

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Pengiktirafan kecemerlangan SPM, STAM 2025 bukti pelajar Sabah mampu bersaing

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Penerbangan ihsan JBPM selamatkan pesakit tenat dari pedalaman Long Lobang

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Kerajaan Persekutuan tambah RM50 juta selamatkan LRA Sungai Limau

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town

Pembantu kedai kopi tak mengaku khianat rempuh 12 kenderaan di George Town