LAHAD DATU – Tiga lelaki maut selepas 4WD dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki dalam kejadian di Kilometer 26 Jalan Lahad Datu-Sandakan, di sini, pada Selasa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintenden Jimmy Panyau berkata, dalam kejadian 9.45 malam itu, ketiga-tiga mangsa berumur 28 hingga 29 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Siasatan awal mendapatk, lori tangki berkenaan dipandu lelaki warganegara berumur 61 tahun dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu.
“Sebaik di tempat kejadian, sebuah kenderaan 4WD dari arah bertentangan dinaiki ketiga-tiga mangsa disyaki hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori terbabit,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.
Jimmy berkata, impak kemalangan itu, lori dan 4WD tersorong ke gaung sebelah kiri jalan dari arah Lahad Datu ke Sandakan sebelum 4WD turut merempuh sebatang pokok kelapa sawit.
“Mayat pemandu dan dua penumpang 4WD yang tersepit dikeluarkan kira-kira pukul 12.10 pagi Rabu manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik
KOTA KINABALU – Tuntutan 40 peratus hasil Sabah ditegaskan sebagai hak mutlak rakyat dan bukannya agenda mana-mana parti politik dalam Sesi Libat Urus melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan…
Lebih lanjut





