Maritim Malaysia libat komuniti dalam perkukuh budaya keselamatan laut

SANDAKAN – Penglibatan aktif komuniti maritim bersama-sama dengan agensi penguat kuasa dalam program Hari Kesedaran dan Keselamatan Maritim (HKKM) membuktikan bahawa keselamatan laut merupakan amanah bersama, bukan semata-mata tanggungjawab pihak berkuasa.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata, penganjuran program tersebut bukan sekadar acara tahunan, sebaliknya menjadi platform pendidikan dan pencegahan yang menyasarkan golongan yang paling hampir dengan perairan negara.

“Program ini bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi penguat kuasa dan komuniti maritim selain meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan laut serta pematuhan undang-undang.

“Ia juga mendorong komuniti untuk memainkan peranan aktif dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Program berkenaan diketuai Leftenan Muda Maritim Siti Hafifah Hana Mohd Zafli bersama anggota Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan, dengan kerjasama strategik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Antara pengisian utama termasuk taklimat Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) oleh Siti Hafifah, pengedaran risalah serta pelekat keselamatan kepada pengunjung dan komuniti sekitar Jeti Pasar Umum Sandakan.

Selain itu, pemeriksaan turut dilakukan ke atas beberapa bot penumpang dan bot nelayan bagi memastikan pematuhan aspek keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan, permit sah dan keadaan fizikal bot.

Mengulas lanjut, Muhamad Suhairy berkata, sambutan positif yang diterima daripada masyarakat mencerminkan peningkatan tahap kesedaran komuniti terhadap pentingnya keselamatan di laut.

“Sambutan ini memberi gambaran bahawa komuniti maritim semakin sedar akan pentingnya aspek keselamatan di laut.

“Ini adalah langkah ke arah pembentukan budaya keselamatan yang lebih kukuh dan lestari,” ujarnya.

Related Posts

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

KOTA BHARU – Sepasang suami isteri ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan menyimpan dan menjual rokok seludup dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Binjai Manis, petang semalam. Pasukan Gerakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki membawa masuk secara haram 2,400 anak pokok pelbagai jenis dari Thailand menggunakan sebuah lori gagal apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Jalan Lubok…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Pemisahan kuasa AG dan PP jangan sekadar kompromi politik, harus ada ketelusan

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Rokok seludup hampir RM37,000 dirampas di Kota Bharu

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Cubaan seludup 2,400 anak pokok dari Thailand gagal

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

“Game Is On!” – Anthony Loke isyarat PH sedia hadapi PRN serentak Johor, Negeri Sembilan

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH

Johor perlukan kestabilan, Malaysia perlukan kesinambungan – Presiden AMANAH