Ibu, ayah tiri dera anak direman 4 hari

KANGAR – Sepasang suami isteri direman empat hari selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun termasuk mencucuk jarum dan membaling batu ke arah badan mangsa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, kejadian itu berlaku di sebuah rumah di Simpang Empat dan dilaporkan kepada pihak polis pada Ahad lalu.

“Dalam kejadian itu, mangsa yang juga cucu kepada pengadu memaklumkan dia dicubit di paha kanan, ditampar di kepala, dibaling batu ke arah dada kiri, dicucuk dengan jarum di lengan kiri dan dicekik oleh ibu kandung serta bapa tirinya.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma dan enggan pulang ke rumah ibunya,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press di sini hari ini.

Menurut Yusharifuddin, pemeriksaan awal oleh pegawai perubatan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) tidak menemui kesan lebam atau bengkak kecuali satu kesan cucukan kecil pada bahagian lengan kiri mangsa.

Katanya, susulan siasatan, pasangan berusia lingkungan 30-an itu ditahan di Kampung Dato Ahmad Musa, Simpang Ampat kira-kira pukul 11 malam semalam.

“Mereka telah direman selama empat hari bermula 24 hingga 27 Jun 2025 selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Kangar.

“Kanak-kanak berkenaan kini dirawat di HTF dan berada di bawah jagaan datuk dan neneknya,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian dan penderaan kanak-kanak.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mendapatkan keterangan saksi dan laporan perubatan penuh bagi melengkapkan siasatan.

Related Posts

Sabah semak semula strategi pelancongan susulan cabaran penerbangan

KOTA KINABALU – Sabah mengambil pendekatan lebih adaptif terhadap hala tuju sektor pelancongannya susulan keadaan industri penerbangan global yang terus berubah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Agro-pelancongan pacu ekonomi luar bandar, selari agenda SMJ – Joniston

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah terus menyokong inisiatif yang memperkukuh agro-pelancongan, memperkasa komuniti luar bandar serta memperluas peluang ekonomi berasaskan pertanian. Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai.Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas perlu cermin diri sebelum tuduh pihak lain derhaka

Pas perlu cermin diri sebelum tuduh pihak lain derhaka

Politik, perniagaan bukan kepakaran saya – Azam

Politik, perniagaan bukan kepakaran saya – Azam

Sabah semak semula strategi pelancongan susulan cabaran penerbangan

Sabah semak semula strategi pelancongan susulan cabaran penerbangan

Agro-pelancongan pacu ekonomi luar bandar, selari agenda SMJ – Joniston

Agro-pelancongan pacu ekonomi luar bandar, selari agenda SMJ – Joniston

Tan Sri Mohd Daud, pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM10.55 juta

Tan Sri Mohd Daud, pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM10.55 juta

Kerajaan sasar cip semikonduktor ‘Made by Malaysia’ dalam tempoh tiga tahun

Kerajaan sasar cip semikonduktor ‘Made by Malaysia’ dalam tempoh tiga tahun