PRN17 Sabah: Beliawanis Kunak sokong Norazlinah calon DUN Kunak

KUNAK – Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Kunak menyatakan sokongan mereka terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Datuk Norazlinah Arif untuk kekal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah ini.

Ketuanya, Dayang Azmirah Syakinah Datu Halun berkata, sokongan itu dibuat berikutan komitmen penuh Norazlinah sepanjang menjadi ADUN di kawasan berkenaan.

“Beliau bukan sekadar pemimpin, tetapi lambang kekuatan wanita Sabah berani, berwibawa dan sentiasa mendahulukan rakyat dalam segala urusan.

“Justeru, dengan satu semangat dan misi, kita memperkukuh barisan kepimpinan parti bagi menyatakan sokongan padu terhadap Yang Berhormat Datuk Norazlinah sebagai calon PRN ke-17,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Persidangan Tahunan Bahagian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Kunak, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Azmirah menyeru agar pergerakan sayap parti terus memberi perhatian serius kepada generasi pelapis baharu parti sama ada wanita muda, pemuda atau wanita yang memiliki daya perjuangan tinggi, idea lebih inovatif serta keberanian luar biasa.

Beliau turut mengambil contoh kepimpinan Norazlinah sebagai wanita yang boleh menjadi wakil rakyat dan suaranya untuk Kunak didengari serta dirai.

“Beliau adalah inspirasi bahawa wanita boleh memimpin, wanita boleh membawa perubahan, dan wanita juga boleh menjadi wakil rakyat yang disegani dan dihormati.

“Kita mahu melihat lebih ramai wanita muda naik ke pentas kepimpinan,” tambahnya.

Related Posts

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

KOTA KINABALU – Rangkaian restoran kopitiam tempatan, DOJO Nanyang Kopi House tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung status halal operasi syarikat itu susulan perhatian awam di media sosial yang melibatkan pembekal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

KUCHING – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menyatakan sokongan terhadap Usul Penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak sempena Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

DOJO tegas komitmen halal, jelas isu tular

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Rakyat pedalaman sedia seiring arus pembangunan Sarawak

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel diturunkan

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

Three Sisters Waterfall di Ulu Baram bakal diwarta taman negara baharu

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

HBN 2026 perkasa belia berdaya tahan di Miri

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu

Lebih 200 penjawat awam Pahang bukan Melayu