Kilang beroperasi secara haram mungkin faktor kebakaran lebih buruk – Exco

PASIR GUDANG – Kerajaan Johor tidak menolak faktor kebakaran beberapa buah industri di Taman Megah Ria, Masai di sini, menjadi buruk ekoran pengoperasian secara haram oleh sebahagian kilang terlibat.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, siasatan awal mendapati lebih separuh daripada unit kilang yang terlibat tidak mempunyai sebarang kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Siasatan mendapati ada beberapa lot tanah yang tidak pernah membuat permohonan lesen kepada PBT.

“Bila tiada lesen, maknanya tiada kebenaran merancang, tiada kelulusan teknikal termasuk pelan bangunan, dan juga tiada kelulusan daripada agensi seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat UMNO Bahagian Pontian di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, semalam.

Mohd Jafni berkata, pembinaan dan operasi kilang berkenaan dibuat secara haram mengakibatkan insiden yang berlaku tidak dilindungi oleh mana-mana pihak terutamanya insurans.

“Daripada semakan kita di peringkat PBT, memang sah lebih separuh premis di kawasan itu tidak pernah memohon sebarang lesen.

“Maksudnya, memang kilang haram cuma kita belum kenal pasti penyewa lot terbabit kerana tanah itu milik individu dan disewakan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri akan mempertingkat penguatkuasaan termasuk melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa khususnya di kawasan perindustrian yang padat dan terpencil.

“Kalau kawasan itu berada dalam zon industri, mereka masih boleh memohon kelulusan, tapi jika berada dalam zon pertanian dan dibangunkan secara haram, ia jelas melanggar undang-undang dan kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Mohd Jafni menegaskan isu keselamatan menjadi keutamaan memandangkan kebanyakan premis beroperasi secara haram itu tidak mempunyai kelulusan bomba serta kelengkapan keselamatan seperti alat pemadam api.

“Kita bimbang jika berlaku kebakaran, tiada sistem keselamatan yang boleh mencegah atau mengurangkan risiko. Jadi, pemantauan ini sangat penting,” katanya.

Sabtu lalu, media melaporkan sebanyak tiga kilang dan 15 kenderaan musnah sepenuhnya dalam kebakaran besar membabitkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Kawasan Perindustrian Kota Puteri.

Premis itu membabitkan kilang penyimpanan minyak hitam terpakai, kilang pemprosesan sabun dan kawasan parkir lori.

Timbalan Ketua Zon 1 JBPM Johor, Rosfarawadi Ismani Ismail dilaporkan berkata, kejadian jam 12.54 tengah hari itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.

Anggota dari lima balai bomba dengan kekuatan 34 orang serta sembilan jentera dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran berkenaan yang menghasilkan asap hitam tebal setinggi lebih 100 meter di lokasi.

Difahamkan sehingga ke hari ini, operasi pemadaman masih berjalan dengan tumpuan pihak bomba melibatkan kerja-kerja memadam bara api pada timbunan struktur besi di sekitar kawasan berkenaan.

Related Posts

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

KANGAR – Penemuan kedua tulang dipercayai rangka manusia dalam tempoh kira-kira dua minggu di Behor Mali di sini mencetuskan persoalan netizen apabila lokasi baharu itu hanya kira-kira 200 meter dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

GEORGE TOWN – Audit struktur secara sistematik dan pemeriksaan berkala terhadap bangunan warisan di negeri ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan awam terutama membabitkan premis berusia puluhan hingga ratusan tahun.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

  • By Aden
  • August 5, 2026
Harga runcit petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen seliter

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Penemuan kedua tulang dalam guni cetus persoalan

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Cik Man meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Kerajaan percepat proses 15,000 permohonan pekerja asing bantu sektor ekonomi

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Bangunan warisan Georgetown perlu diaudit secara sistematik demi keselamatan

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak

Rumah dibeli terbengkalai, suami isteri tanggung sewa dan pinjaman serentak