Team Bang Janggut bersyukur terima van jenazah baharu dari kerajaan Sabah

TAWAU – Seorang pesara tentera menzahirkan rasa syukur apabila pihaknya Team Bang Janggut yang menawarkan perkhidmatan van jenazah percuma menerima sebuah van jenazah baharu sumbangan dari kerajaan Sabah.

Raidah Mohammad Mohammad, 42, berkata, sumbangan itu diberikan kepada pihaknya melalui Ahli Parlimen Tawau, Datuk Lo Su Fui.

“Permohonan saya ajukan kepada Datuk Lo dan kini dapat direalisasikan selain sangat membantu mempermudahkan urusan Fardu Kifayah di seluruh Sabah khususnya Tawau.

“Semoga Datuk Seri Hajiji Noor terus kekal mentadbir kerajaan Negeri sebagai Ketua Menteri Sabah,” katanya semasa dihubungi di sini, pada Sabtu.

Raidah berkata, Team Bang Janggut mempunyai lapan ahli dari latar belakang berbeza yang diketuai oleh beliau sendiri yang menawarkan perkhidmatan menghantar jenazah termasuk mengurus jenazah sehingga selesai sekiranya waris memerlukan.

“Kami hantar jenazah lebih 10 tahun dan ketika itu pun saya masih dalam perkhidmatan sebagai tentera darat di Markas Angkatan Tugas Bersama (ATB 2) di Tawau.

“Kami juga menghantar jenazah tanpa mengira agama, bangsa ataupun jarak dan menjalankan tanggungjawab itu sehingga selesai,” ujarnya.

Menurut beliau, dengan kekuatan empat van, kini mereka yang beroperasi selama 24 jam itu turut menguruskan jenazah dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan jenazah tidak dituntut dari Hospital Tawau.

Ibarat pepatah ‘kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan’, Raidah berharap agar orang ramai tidak segan silu untuk menghubunginya jika memerlukan khidmat pengurusan dan van jenazah.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak