Pengawal keselamatan ‘terlepas tembakan’ di Hospital Alor Gajah ditahan polis

MELAKA – Polis menahan seorang pengawal keselamatan kerana cuai sehingga senjata api yang digunakannya terlepas tembakan ketika bertugas di Hospital Alor Gajah, di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang di Pejabat Unit Hasil hospital berkenaan, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Polis menerima maklumat kejadian daripada ketua pengawal keselamatan Hospital Alor Gajah yang memaklumkan senjata api jenis shot-gun Winchester digunakan suspek yang berusia 56 tahun telah terjatuh dan meletup sehingga terkena meja kaunter.

“Ketika kejadian, suspek bertugas seorang diri di dalam pejabat dan tiada pekerja lain ketika itu,” katanya ketika mengesahkan laporan pada Jumaat.

Ujarnya, siasatan awal mendapati, semasa kejadian lelaki itu sedang duduk di kerusi manakala senjata api yang dibekalkan syarikat diletakkan di atas meja hadapannya dalam keadaan kunci keselamatan tidak dipasang.

Ashari berkata, lelaki itu kemudian menghubungi ketua pengawal keselamatan hospital yang segera melaporkannya kepada pengadu iaitu ketua operasi syarikat sekuriti berkenaan.

“Selepas pihak hospital dan syarikat melakukan siasatan dalaman, satu laporan polis dibuat pada jam 6.20 petang semalam atas kecuaian suspek dalam mengendalikan senjata api.

“Siasatan tempat kejadian oleh Cawangan D10 (Forensik), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka tidak memperolehi sebarang penemuan kerana telah dibersihkan dan pejabat beroperasi seperti biasa,” katanya.

Beliau berkata, suspek telah bekerja di situ kira-kira dua tahun lalu dan mendapat lesen penggunaan senjata api sejak 2023.

“Polis turut merampas semua barang kes dalam kejadian tersebut dan suspek telah ditahan semalam serta permohonan reman telah dibuat pagi tadi.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 kerana melepaskan tembakan di tempat awam dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam