Campur tangan AS akan undang padah besar – Khamenei

PEMIMPIN Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, hari ini memberi amaran bahawa sebarang penglibatan secara langsung Amerika Syarikat (AS) dalam konflik antara Iran dan Israel akan membawa akibat yang tidak dapat diperbaiki.

Dalam ucapan yang disiarkan secara langsung di televisyen negara itu, Khamenei menyifatkan tindakan Israel sebagai satu kesilapan besar yang akan membawa padah kepada rejim Zionis.

“Entiti Zionis telah melakukan kesilapan besar dan mereka akan menerima akibatnya,” katanya, lapor Anadolu.

Menurut beliau, Iran tidak akan memaafkan sebarang pencerobohan terhadap ruang udara negara itu mahupun pertumpahan darah para syahid Iran.

Kenyataan tegas Khamenei hadir susulan gesaan bekas Presiden AS, Donald Trump, pada Selasa yang menuntut supaya Iran melakukan ‘penyerahan tanpa syarat’.

“Mereka yang mengenali sejarah dan rakyat Iran seharusnya lebih arif daripada menggunakan bahasa ugutan,” tegasnya.

“Amerika perlu faham bahawa sebarang campur tangan ketenteraan pasti membawa kerosakan yang tidak dapat dipulihkan. Iran tidak akan tunduk, dan setiap serangan dari pihak AS akan mengundang padah besar yang tidak dapat diperbaiki,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan bahawa Iran tidak akan menerima sebarang bentuk perdamaian atau peperangan yang dipaksakan ke atasnya.

Ketegangan di rantau itu memuncak sejak Jumaat lalu apabila Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi penting di Iran, termasuk kemudahan ketenteraan dan nuklear, yang membawa kepada serangan balas daripada Teheran.

Pihak berkuasa Israel memaklumkan sekurang-kurangnya 24 maut manakala ratusan lagi cedera akibat serangan peluru berpandu dari Iran.

Sementara itu, laporan media Iran menyebut serangan balas Israel telah meragut nyawa 585 rakyat Iran dan mencederakan lebih 1,300 yang lain.

Related Posts

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak dan Sabah untuk menuntut semula peruntukan 35 peratus (satu pertiga) kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih di peringkat perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan belum mencapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

KOTA KINABALU – Cadangan memperluas pelaksanaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa antara langkah yang sedang diteliti kerajaan bagi mengurangkan penggunaan bahan api, selari dengan usaha penjimatan kos semasa negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api