Rundingan tarif dengan AS berjalan lancar – PM Anwar

RUNDINGAN berkenaan tarif timbal balas terhadap produk eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, maklum balas positif telah diterima daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan selepas sesi pertemuan mereka dengan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick.

“Saya telah menerima mesej daripada mereka, dan mereka memaklumkan bahawa pertemuan tersebut berlangsung dengan sangat baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Persidangan Meja Bulat Asia Pasifik Ke-38 yang diadakan di ibu negara, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa rundingan tertumpu kepada tiga perkara utama, iaitu pengurangan kadar tarif semasa sebanyak 24 peratus, penghapusan halangan bukan tarif, serta usaha untuk menyeimbangkan semula imbangan dagangan antara Malaysia dan AS.

Eksport Malaysia ke AS bakal dikenakan tarif sebanyak 24 peratus sekiranya tiada persetujuan dicapai sebelum tempoh penggantungan selama 90 hari tamat pada 8 Julai akan datang.

Related Posts

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dibenarkan menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah sehingga 23 Ogos 2028, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta. Keputusan itu dibuat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kertas siasatan Noorazli isu paderi dibawa kepada Peguam Negara Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan berhubung ucapan perwakilan Selangor, Datuk Noorazli Said semasa Perhimpunan Agung UMNO 2026 akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara esok untuk arahan dan nasihat selanjutnya. Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Najib dibenar tahanan di rumah dengan syarat bayar denda RM50 juta – BHEUU

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Tiga penuntut UNIMAS juara pertandingan IC Design Competition, bawa pulang RM20,000

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Sabah catat peningkatan 25.5 peratus ketibaan pelawat China

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Perkasakan peranan FWCMS demi banteras warga asing

Polis nasihat penduduk sekitar Tasik Bera beri kerjasama kepada penguat kuasa