Pembangkang serang kerajaan bukti takut PRK, kata Ahmad Zahid

GUA MUSANG – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pembangkang bertindak memulakan serangan terhadap kerajaan disebabkan takut menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, selain calon, antara yang menjadi ‘mangsa’ ialah beberapa agensi berkaitan.

“Kita dengar ‘serangan’ pada PRK, pilihan raya negeri. Mereka sebenarnya takut.

“Sebab itu mereka serang Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), serang Felcra dan sesiapa sahaja yang tidak disukai… tetapi serangan itu akan berbalik semula kepada mereka,” katanya ketika berucap pada Program Temu Mata Warga Kesedar Bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pembangkang sepatutnya melakukan tugas dipertangungjawabkan dan bukannya sibuk menyerang pihak tertentu.

“Saya tidak mahu sebut namanya, sama ada dia masih hidup atau sudah mati… tetapi hakikatnya apabila satu tanggungjawab diberi oleh pemimpin atasan, jalankan tugas dengan sebaiknya untuk membantu,” tegasnya.

Beliau turut berkata, setakat ini prestasi menteri dan timbalan menteri daripada BN adalah yang terbaik untuk memimpin dalam Kerajaan Perpaduan.

Justeru katanya, calon BN dipilih kerana beliau merupakan individu yang mampu menjalankan tanggungjawab.

“Inilah yang berlaku di Nenggiri apabila Awie (Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani) dipilih sebagai calon, ertinya kita pilih calon terbaik,” katanya.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

PUTRAJAYA – Sistem pendaftaran keahlian UMNO secara dalam talian mencatat sambutan menggalakkan apabila seramai 3,716 ahli baharu berjaya direkodkan dalam tempoh kurang 24 jam sejak dilancarkan. Berdasarkan data dikongsi Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPDN rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

KPDN rampas lebih lapan tan barang kawalan bernilai hampir RM22,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran