Kerajaan tegas banteras jualan produk terlarang dalam talian

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap platform dalam talian dan individu yang terlibat dalam penjualan produk terlarang, termasuk cecair vape yang dicampur dengan bahan terlarang seperti dadah.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, akan diadakan dalam masa terdekat bagi membincangkan mekanisme pelaksanaan dan penguatkuasaan larangan penjualan produk tersebut.

“Satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat untuk membincangkan pelaksanaan penguatkuasaan terhadap penjualan produk-produk larangan.

“Ia termasuk penjualan cecair yang dipercayai mengandungi dadah melalui aplikasi, platform media sosial dan secara dalam talian,” katanya dalam sidang media mingguan di Menara Komunikasi, pada Rabu.

Beliau menegaskan bahawa tindakan bukan sahaja akan dikenakan terhadap individu yang menjual produk terlarang, malah turut melibatkan platform digital yang membenarkan aktiviti penjualan berkenaan berlaku secara terbuka.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, hasil daripada perbincangan bersama kementerian berkaitan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri bagi mempertimbangkan tindakan susulan yang lebih menyeluruh.

“Ini menunjukkan keprihatinan kerajaan dan Jemaah Menteri terhadap isu yang membimbangkan dalam masyarakat, iaitu penjualan produk-produk terlarang secara dalam talian yang berlaku secara berleluasa,” katanya lagi.

Terdahulu, pada Selasa media melaporkan, Presiden Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Dr. M Murallitharan menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan lebih tegas terhadap penjual vape yang melanggar peruntukan di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Antara cadangan beliau termasuklah penggantungan lesen, hukuman denda maksimum dan tindakan pendakwaan di mahkamah terhadap pihak yang didapati bersalah.

Related Posts

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

KAJANG – Status kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Razak kekal tidak berubah meskipun bekas Perdana Menteri itu diberikan pengampunan bersyarat. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram