Suami isteri maut kereta bertembung lori

KUANTAN – Sepasang suami isteri maut, manakala tiga anak mereka parah selepas kereta dinaiki terbabas sebelum bertembung dengan lori di Jalan Kuantan-Segamat dekat Kampung Batu Lapan, Pekan, malam tadi.

Mangsa maut adalah pemandu kereta, Jamal Azizul Samat 44, dan isteri Lizawati Abdullah, 41, berasal dari FELDA Chini Timur 1.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, nahas berlaku kira-kira 10 malam ketika keluarga malang itu dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat.

Menurutnya, kereta dipandu Jamal Azizul dipercayai hilang kawalan ketika memotong sebuah kenderaan lain lalu terbabas ke laluan kanan sebelum bertembung dengan lori dari arah bertentangan.

Katanya, akibat kemalangan itu, Jamal Azizul dan isteri tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan penumpang depan, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tiga anak pasangan terbabit berusia antara 6 hingga 17 tahun, parah dan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, untuk rawatan lanjut,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, pemandu lori berusia 31 tahun dan dua kelindan lori hanya cedera ringan.

Katanya, mayat suami isteri terbabit dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.

Related Posts

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

KOTA KINABALU – Projek Tungku Commercial Centre yang melibatkan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) bersama Menara Gading Sdn. Bhd (MGSB) dibatalkan selepas pemaju gagal memenuhi terma perjanjian. Menteri Kerja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh jalinan kerjasama strategik dengan Kerajaan Persekutuan bagi menangani isu lampu jalan yang tidak berfungsi di seluruh negeri, khususnya melibatkan jalan-jalan persekutuan. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sasaran 16 DUN PAS cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

Sasaran 16 DUN PAS cetus cabaran agihan kerusi dalam PN

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Projek Tungku Commercial Centre dibatalkan, pemaju gagal penuhi terma

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Sabah tingkat usaha baiki lampu jalan, terima peruntukan RM17.9 juta

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

Tiga projek mega RMK13 tangani krisis air Tawau capai kemajuan

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

RM4.2 juta naik taraf SJK(T) Ladang Kulai Besar, perkukuh pendidikan inklusif

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu