Tahun Melawat Johor 2026: PDRM pantau lokasi tumpuan

JOHOR BAHRU – Bersempena Tahun Melawat Johor 2026 nanti, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengambil inisiatif dengan meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa lokasi tumpuan dalam daerah ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, tujuh lokasi terpilih merupakan kawasan berisiko ekoran sentiasa sesak selain menjadi tempat tumpuan pelancong.

“Omnipresence ini membabitkan 80 anggota polis selain penugasan rutin oleh Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dan kereta peronda MPV. Mereka akan berkunjung ke kawasan tumpuan awam secara berjalan kaki, melawat premis serta berinteraksi dengan pengunjung dan peniaga, bagi mewujudkan situasi Johor yang selamat untuk pelawat, pelabur, peniaga dan penduduk.

“Tujuh lokasi terlibat dalam fasa pertama ini adalah Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bazar Karat, KSL, Berjaya Waterfront, Southkey Mid Valley, Sentosa Pelangi dan Angsana Mall. Kawasan lain seperti Tampoi dan Johor Bahru Utara (JBU) juga akan dilibatkan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Jun 2025 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini, yang turut dipaparkan secara langsung di Facebook rasmi Polis Johor.

Menurut beliau, penugasan omnipresence yang diaktifkan sejak 14 Jun lalu bagi fasa pertama dilihat memberi impak positif dalam mengurangkan kejadian jenayah serta kegusaran orang awam.

“Setakat ini, tiada laporan jenayah diterima di kawasan yang diliputi inisiatif omnipresence, dan maklum balas yang diterima di media sosial juga menunjukkan penerimaan yang positif daripada orang awam.

“Keutamaan diberikan pada waktu puncak seperti waktu bekerja, waktu rehat dan hujung minggu. Contohnya, BSI beroperasi 24 jam manakala Bazar Karat pula lebih aktif pada waktu petang, jadi kita ikut masa itu secara giliran.

“Kita akan teruskan penugasan ini secara berterusan sepanjang tahun dan menilai keberkesanannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Kumar turut memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar permohonan rasmi kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi mendapatkan bantuan daripada Pasukan Polis Marin dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memperluas penugasan ini ke kawasan yang lebih besar.

“Saya sudah berbincang dengan Pengarah KDN dan kini kita menunggu maklum balas bagi sokongan daripada unit-unit khas ini,” jelasnya.

Related Posts

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

SKUDAI – Selepas lebih dua dekad berdepan isu banjir kilat yang berlarutan, penduduk di sekitar Jalan Zapin 3, Jalan Ronggeng 4 dan Kampung Poh Chee Leng akhirnya boleh menarik nafas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

SANDAKAN – Kebakaran kedua dalam tempoh 10 hari di kawasan Batu Sapi mencetuskan kebimbangan serius terhadap tahap kesiapsiagaan penduduk. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting, Datuk George Hiew Vun…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 tahun menanti, projek tebatan banjir RM5 juta akhirnya direalisasi

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

26 rumah musnah, kebakaran kedua dalam 10 hari cetus kebimbangan

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Sabah Electricity salur 127 bakul makanan kepada mangsa kebakaran Kg Bahagia

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Dua blok kuarters guru, kantin SK Imbak musnah dalam kebakaran

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

Jambatan baharu Nanga Apan pulihkan akses warga SK Ulu Kabo

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan

UMNO hormati 14 ADUN Negeri Sembilan, kekal sokong Kerajaan Perpaduan