Peranan SST melindungi pengguna, rakyat B40

LANGKAH kerajaan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September 2018 adalah bagi menambah baik sistem percukaian sedia ada.

Sebelum itu, Kerajaan Persekutuan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mendapat reaksi negatif dalam kalangan rakyat.

Berdasarkan Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2019 – setahun selepas SST diperkenalkan – terdapat dua jenis cukai berbeza di bawah SST yang ditadbir melalui perundangan berasingan iaitu Akta Cukai Jualan 2018 (Akta 806) dan Akta Cukai Perkhidmatan 2018 (Akta 807).

Pelaksanaan SST yang ditambah baik untuk meminimumkan kelemahan berkaitan seterusnya meningkatkan kecekapan cukai di samping mengekalkan ciri utama SST sebelum ini.

Di Malaysia, cukai jualan hanya dikenakan di peringkat pengilang ke atas barangan bercukai. Cukai Jualan akan dikenakan ketika barangan bercukai itu dijual oleh pengilang berdaftar.

Bagi mempermudah dan mengurangkan kos menjalankan perniagaan, penyelesaian lebih efisien disediakan bagi urusan permohonan untuk pendaftaran dan pengecualian ke atas input pembuatan.

Semua permohonan untuk pendaftaran dan pengecualian dilaksanakan secara dalam talian.

Laporan itu menjelaskan, langkah ini dilaksanakan berikutan maklum balas daripada pihak industri bahawa wujud birokrasi serta penyediaan kertas kerja yang merumitkan semasa pelaksanaan sistem SST terdahulu.

Di bawah SST baharu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menjalankan pendaftaran automatik bagi pengilang dan penyedia perkhidmatan yang layak melalui pemindahan data dari pangkalan data GST

Oleh itu, kos pematuhan perniagaan serta kos pentadbiran kepada kerajaan dijangka lebih rendah berikutan keseragaman dan proses yang lebih mudah.

Antara kebimbangan utama dalam SST adalah kemunculan semula ‘ekonomi gelap’, namun demikian, risiko ini dapat dikurangkan dengan kewujudan pangkalan data perniagaan sedia ada serta perkongsian maklumat berterusan antara JKDM, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Pengenalan semula SST juga memberi manfaat kepada perniagaan melalui kos pematuhan dan pentadbiran lebih rendah.

Di samping itu, SST baharu lebih mesra perniagaan, kurang birokrasi dan dapat membantu pengurusan aliran tunai perniagaan.

Dalam hal pelaksanaan pula, sistem cukai SST lebih berfokus dan melindungi pengguna, terutamanya golongan B40.

Ini kerana kutipan cukai menerusi GST merangkumi hampir semua produk dan barangan – termasuk tuala wanita dan lampin pakai buang.

Secara tidak langsung, kesannya dirasai semua pengguna tanpa mengambil kira latar pendapatan ‘boleh guna’ mereka.

Kerajaan juga sudah menyatakan komitmen mereka untuk menambah baik pelaksanaan SST demi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem cukai ini.

Related Posts

Bubar DUN atau tarik sokongan? Jangan jadikan mandat rakyat ujian keikhlasan politik

CADANGAN menjadikan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu atau penarikan sokongan di Parlimen sebagai ukuran ‘keikhlasan’ kerjasama politik perlu dilihat dengan lebih rasional. Mandat rakyat bukan alat eksperimen untuk menentukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

KENYATAAN Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin letika membahaskan isu politik Kedah pada Perhimpunan Agong UMNO semalam ternyata mengundang perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ahli politik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram