Petronas buat untung, pekerja terbuang? Mari kita lihat siapa yang ‘perah’ dulu

KENYATAAN terbaharu hari ini daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang mengecam rancangan Petronas memberhentikan lebih 5,000 pekerja kontrak, sememangnya menyentuh isu yang sensitif – kebajikan pekerja dan kebertanggungjawaban syarikat milik negara.

Namun, dalam menilai keikhlasan kenyataan tersebut, kita tidak boleh lupa sejarah yang sangat dekat dengan poket rakyat dan perut Petronas sendiri.

Betul, Petronas kini untung besar. Tahun 2023 mencatatkan keuntungan bersih sekitar RM80 bilion, membolehkan syarikat gergasi tenaga ini menyumbang dividen besar kepada negara. Tetapi apakah realitinya semasa 2020–2021, ketika PN menerajui kerajaan?

Rizab diperah, Petronas terpaksa berhutang

Untuk rekod, semasa pentadbiran PN (2020-2021), Petronas dipaksa menyalurkan dividen tambahan hingga mencecah RM54 bilion, walaupun ketika itu syarikat berdepan kesan pandemik dan kejatuhan harga minyak global.

Apa hasilnya?

•   Rizab tunai Petronas merosot dengan ketara.
•   Petronas terpaksa mengeluarkan bon bernilai AS$6 bilion (lebih RM25 bilion) – satu langkah luar biasa bagi syarikat yang biasanya mampu beroperasi tanpa hutang luar.
•   Pelaburan jangka panjang dan projek penyelidikan terpaksa dikaji semula.

Jadi, soalnya: Siapa sebenarnya yang menyebabkan tekanan kewangan jangka panjang kepada Petronas? Bukankah itu juga tidak berperikemanusiaan – kerana memberi kesan kepada kelangsungan kerja dan pelaburan masa depan syarikat?

Isu pekerja kontrak: Realiti industri, bukan keputusan politik

Pekerja yang terlibat dalam pemberhentian ini bukan pekerja tetap Petronas, tetapi pekerja kontrak dalam projek tertentu – sebahagian besarnya melibatkan subkontraktor, vendor dan penyedia perkhidmatan.

Dalam industri minyak dan gas, model ini adalah amalan global, di mana penyumberan luar dilakukan berdasarkan fasa projek dan keperluan semasa.

Apabila projek selesai atau disusun semula, tenaga kerja dikurangkan – bukan kerana kejam, tetapi kerana model operasi berasaskan kontrak.

Adakah ini bermaksud kebajikan mereka boleh diabaikan? Tidak. Tetapi menyalahkan sepenuhnya Petronas – apatah lagi kerajaan – adalah manipulasi yang sengaja dibuat demi modal politik.

Jangan lupa ketika PN berkuasa

Ironinya, ketika PN ada kuasa, isu pekerja gig, pembuangan pekerja kilang, malah kenaikan pengangguran tidak ditangani secara sistematik. Bantuan bersifat sekali bayar dan pelan jangka pendek tidak menyelesaikan struktur pasaran kerja.

Hari ini, apabila kerajaan sedang berusaha menstabilkan fiskal dan menstruktur semula ekonomi, kenyataan seperti ini datang daripada pihak yang pernah ‘perah habis-habisan’ segala hasil yang ada – termasuk dari Petronas.

Jadi soalnya:

Adakah mengambil hingga ke titisan terakhir rizab Petronas demi menampung perbelanjaan semasa yang tidak lestari itu lebih berperikemanusiaan?

Jadi ini perlu tegas dinyatakan – kebajikan pekerja perlu dilindungi. Tapi mari jangan kita hipokrit. Kita tak boleh menangis hari ini untuk pekerja kontrak, sedangkan semalam kita ganyang Petronas demi tampung salah urus kerajaan sendiri.

Rakyat bukan mudah lupa. Mereka hanya makin celik.

Related Posts

Subsidi untuk rakyat, bukan untuk ketirisan: Fakta yang perlu diketahui

KENYATAAN terbaharu Timbalan Ketua Penerangan Pas Terengganu, Dr Tengku Mohammad Fakhruddin yang cuba menggambarkan kenaikan harga diesel sebagai bukti kerajaan tidak berempati terhadap rakyat sebenarnya adalah naratif politik yang tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga minyak dunia: Siapa sebenarnya menipu umat Islam?

KALI ini, rakyat perlu bertanya semula siapa sebenarnya yang sedang menipu umat Islam? Apabila harga minyak dunia meningkat, semua negara terkesan. Negara kaya, negara miskin, negara Islam, negara bukan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Guru pelatih maut tercampak, kenderaan dipandu terbabas

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter