Pemimpin UMNO perlu sesuaikan diri dalam konsep perkongsian kuasa – Johari

KUALA NERANG – Pemimpin UMNO diingatkan agar memahami konsep perkongsian kuasa dalam pentadbiran kerajaan di peringkat pusat bagi memastikan kestabilan politik negara terus terjamin.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perubahan landskap politik menuntut UMNO untuk menyesuaikan diri dengan situasi semasa, khususnya dalam aspek pentadbiran bersama parti-parti lain.

“Saya sentiasa menekankan betapa pentingnya UMNO memahami bagaimana kita mentadbir negara melalui konsep perkongsian kuasa.

“DNA UMNO selama 60 tahun adalah melalui Barisan Nasional (BN), namun apabila keadaan berubah, pendekatan juga perlu berubah,” katanya .

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, di sini.

Turut hadir, Pengerusi UMNO Kedah merangkap Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Menurut Johari, kestabilan politik merupakan faktor utama dalam memastikan pembangunan ekonomi negara berterusan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan semakin kukuh.

Beliau turut mengingatkan bahawa tiada sebarang pertukaran kerajaan seharusnya berlaku dalam tempoh penggal yang sedang berjalan ketika ini.

Katanya, perkara tersebut penting bagi membolehkan pentadbiran melaksanakan dasar dengan lebih berkesan serta memberi ruang kepada rakyat untuk menilai prestasi kerajaan secara objektif.

Dalam pada itu, Johari yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi menegaskan bahawa UMNO perlu belajar menjadi pembangkang yang berkesan di kawasan-kawasan yang tidak dimenangi parti, dengan terus memberi khidmat secara proaktif kepada rakyat.

“Menjadi pembangkang bukan bermaksud membangkang secara membuta tuli. Kita perlu memastikan kepentingan rakyat terus diperjuangkan, terutama dalam isu-isu yang mungkin terlepas pandang,” ujarnya.

Tambah beliau, perubahan politik yang berlaku di Malaysia adalah sebahagian daripada evolusi sistem pemerintahan, di mana konsep perkongsian kuasa menjadi satu keperluan untuk menjamin kestabilan politik dan kesejahteraan negara dalam jangka masa panjang.

Related Posts

Politik bukan sekadar mimpi menang besar, tetapi bertanggungjawab terhadap rakyat

KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa Pas mampu menyapu bersih kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada pilihan raya akan datang telah menarik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gelombang kemenangan kini bukan milik PN – Mahdzir

KUALA NERANG – Gelombang kemenangan yang pernah memihak kepada Perikatan Nasional (PN) di Kedah tidak lagi berada pada tahap sama seperti ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusi UMNO Kedah,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Malaysia sambut baik persefahaman AS-Iran demi keamanan Asia Barat

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Pembangunan negara mesti dinikmati semua lapisan masyarakat – PM

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Kerajaan perkukuh jaminan bekalan minyak menerusi hubungan strategik dengan Rusia

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Tiada lagi caj RM1 pengeluaran wang di mesin ATM, SRM mulai 1 Julai

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Kerajaan tanggung kos penghantaran ubat kepada 80,000 pesakit setiap bulan

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman

Anwar seru rakyat pertahan perpaduan, tolak politik perkauman