1,300 atlet sertai kejohanan sukan antara IPT Sabah

KOTA KINABALU – Buat pertama kalinya dalam sejarah, Sukan Institusi Pendidikan Tinggi Sabah (SUIPTS) dianjurkan melibatkan penyertaan seramai 1,300 atlet daripada 19 institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negeri.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata penganjuran SUIPTS adalah platform penting dalam melahirkan bakat-bakat baharu mahasiswa untuk mewakili Sabah ke peringkat kebangsaan.

“Kita telah merasmikan dalam sejarah julung-julung kali diadakan sukan antara IPT, Sabah.

“Seramai 19 pasukan institusi yang terlibat melibatkan 1,300 atlet.

“Jadi kita harap dengan kejohanan ini akan dapat melahirkan atlet-atlet kita yang akan mewakili Sabah ke peringkat sukan antara universiti di peringkat kebangsaan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan SUIPTS 2025 di Universiti Malaysia Sabah Arena, di sini pada Sabtu.

Jelasnya, kejohanan ini bukan hanya bertujuan untuk mencungkil potensi atlet, malah juga dapat menjadi persediaan para atlet menjelang Sukan Universiti ASEAN (AUG) yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada tahun depan iaitu Malaysia sebagai tuan rumah.

Beliau berkata, penganjuran ini akan diteruskan pada tahun mendatang sebagai acara tahunan memandangkan ia memberi impak positif dalam pembangunan sukan dan perpaduan dalam kalangan mahasiswa dari seluruh IPT di Sabah.

Mengulas mengenai kepentingan keseimbangan antara akademik dan sukan, Mustapha menekan bahawa selain cemerlang dalam akademik penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan juga penting bagi melahirkan tenaga mahir yang sihat.

“Saya fikir itu amat penting bukan sahaja kita melahirkan tenaga mahir yang berkualiti tetapi mereka juga sihat dan meminati sukan.

“Jadi budaya ini kita kena kembangkan sebab akhirnya nanti kita mahu tenaga mahir yang sihat yang dapat menyumbang kepada negeri dan juga negara ini,” katanya.

Related Posts

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

BUKIT MERTAJAM – Kutipan zakat fitrah di Pulau Pinang bagi Ramadan tahun ini mencatat peningkatan memberangsangkan apabila hampir mencecah RM10 juta setakat 9 April lalu. Timbalan Ketua Menteri I, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

MANJUNG – Taktik licik sebuah premis perniagaan kayu dijadikan pusat transit diesel bersubsidi akhirnya terbongkar apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) merampas 5,070 liter minyak diesel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia