Lantikan menteri kuasa PM, saya hanya jalankan tugas – Johari

KUALA NERANG – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa sebarang perubahan dalam Kabinet adalah keputusan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan dirinya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang mendakwa beliau bakal menggantikan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletak jawatan sebelum ini.

“Itu tanya Perdana Menteri. Semua orang ada hak masing-masing, tetapi keputusan lantikan menteri adalah hak Perdana Menteri,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Padang Terap di sini hari ini.

Johari turut menekankan bahawa kerajaan ketika ini berada dalam keadaan stabil dan harmoni tanpa isu besar yang boleh mengganggu pentadbiran negara.

“Saya melihat kerajaan sekarang sangat harmoni. Tidak ada perkara besar yang berlaku, jadi kestabilan itu ada. Dengan kestabilan, kita boleh terus bergerak ke hadapan.

“Saya gembira berada di Kementerian Perladangan dan Komoditi kerana kementerian ini memainkan peranan penting dalam membantu masyarakat luar bandar serta pemain industri yang terlibat dalam eksport produk-produk utama,” ujarnya.

Beliau turut berkongsi pencapaian Malaysia dalam industri komoditi termasuk negara ini merupakan pengeluar kelapa sawit kedua terbesar dunia dengan nilai eksport RM114 bilion tahun lepas.

Menurutnya, pengeluaran koko walaupun dalam skala kecil, negara masih mencapai eksport bernilai RM15 bilion, hasil daripada proses tambah nilai.

“Getah pula, Malaysia menjadi salah satu pengeksport utama dunia dengan eksport mencecah RM15 bilion, hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

“Negara kini berdepan cabaran dalam mendapatkan bekalan getah sehingga terpaksa melakukan import,” katanya.

Johari berkata, ini adalah kesinambungan kepada pembangunan yang telah dimulakan sejak zaman pemerintahan Barisan Nasional dan usaha ini masih diteruskan hingga kini.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa kerajaan sedang melaksanakan strategi untuk menggabungkan tanah-tanah terbiar agar dapat diusahakan semula bagi memberi manfaat kepada negara.

“Proses ini sedang berjalan. Seperti yang saya nyatakan tadi, ia merupakan salah satu strategi untuk memastikan tanah-tanah terbiar dapat digabungkan dan diusahakan semula,” katanya.

Related Posts

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah meninggal dunia. Perkembangan itu dimaklumkan SPR menerusi satu hantaran di Facebook rasminya, hari ini. . “Salam takziah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

SEBANYAK kira-kira 70 peratus produk syarikat kopi dan biskut yang terpalit kontoversi berus bulu babi berjaya dikeluarkan dari pasaran di seluruh negara setakat Isnin lalu. Perkembangan itu disahkan Bahagian Pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Data tidak menipu!

Data tidak menipu!

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Penduduk P.Pinang sokong sambungan jajaran LRT Laluan Mutiara

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Saya diberi amanah rampas kembali kerusi Parlimen Indera Mahkota – Farhan

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Kutipan zakat fitrah Pulau Pinang melonjak hampir RM10 juta

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Seleweng diesel tumpas, KPDN Perak rampas lebih 5,000 liter

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global