AS, Mesir, Qatar gesa rundingan Israel dan Palestin

KAHERAH – Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir menyeru agar Israel dan Hamas meneruskan rundingan bagi mencapai gencatan senjata di Gaza.

Keadaan semasa ini juga menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketegangan di rantau itu.

Dalam satu kenyataan, ketiga-tiga negara tersebut menggesa Israel dan Hamas untuk segera meneruskan perbincangan pada 15 Ogos di Doha atau Kaherah.

Rundingan ini bagi untuk menutup semua jurang yang masih ada dan memulakan pelaksanaan perjanjian tanpa sebarang penangguhan.

Memetik laporan Al-Jazeera, kenyataan itu juga menyebut mereka telah bekerja berbulan-bulan untuk mencapai perjanjian rangka kerja dan ia kini berada di atas meja, dengan hanya butiran pelaksanaan sahaja yang masih belum diputuskan.

Pejabat Benjamin Netanyahu, dalam jawapannya menyatakan, Israel akan menghantar delegasi untuk menghadiri rundingan minggu depan.

Bagaimanapun Hamas masih belum memberikan reaksi balas.

Ketika ini, pengeboman berterusan Israel di wilayah itu kini meragut lebih 40,000 nyawa rakyat Palestin.

Desakan diplomatik yang diperbaharui itu akan dilihat sebagai satu percubaan untuk menghentikan ketegangan serantau daripada meruncing di luar kawalan, selepas Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh yang dibunuh minggu lalu.

Iran yang menyalahkan Israel, berikrar untuk membalas dendam walaupun Israel tidak mengulas secara langsung mengenai pembunuhan itu.

Related Posts

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

WASHINGTON – Pentagon mengesahkan Amerika Syarikat (AS) akan mengarahkan kira-kira 5,000 anggota tenteranya berundur dari Jerman, menjelang tahun depan. Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth selepas Presiden AS,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Moscow akan lakukan ‘segala termampu’ demi keamanan Asia Barat

SAINT PETERSBURG – Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan, Moscow akan melakukan ‘segala yang termampu’ bagi memastikan keamanan di Asia Barat dalam pertemuan bersama Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat