Hajiji terima kunjungan hormat Menteri Kesihatan, bincang isu kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad di Sri Gaya, di sini, pada Khamis.

Turut hadir dalam rombongan itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap Exco Kesihatan Sabah, Datuk James Ratib; Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab bersama beberapa pegawai kanan kementerian.

Dalam pertemuan tersebut, Hajiji turut dimaklumkan mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan bersama Pembangunan Kesihatan Sabah Bilangan 2 Tahun 2025 yang diadakan pada hari yang sama.

Pelbagai isu kesihatan di Sabah turut dibincangkan, termasuk keperluan menaik taraf fasiliti dan perkhidmatan kesihatan di negeri ini.

Selepas itu, Dzulkefly dijadualkan mengadakan lawatan ke Hospital Queen Elizabeth 2 pada petang Khamis dan ke Hospital Papar pada Jumaat.

Related Posts

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

LIMBANG – Kawasan Rangau Valley dijangka muncul sebagai hab pembangunan baharu di Limbang menerusi pelaksanaan pelbagai projek strategik yang merangkumi pembangunan perumahan moden, pusat pentadbiran, sektor komersial serta pelancongan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Lelaki positif dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di Saratok

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

Rangau Valley bakal jadi pemangkin pembangunan baharu Limbang

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

PH dan rakyat Johor sentiasa bersedia – AMANAH

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Young Syefura kecewa penerima bantuan curi barangan milik pegawai

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Reachout Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0